Vanilla Twillight: Edisi khas sempena Hari Ibu! Anak2 Wajib Baca!

Cute & Top Bloggers

Saturday, May 7, 2011

Edisi khas sempena Hari Ibu! Anak2 Wajib Baca!

Salam & Selamat Sejahtera semua...

Tak lupa jugak...
Selamat menyambut Hari Ibu....



sooo....
Apa khabar semua??
Lama kita xbersua..

KOrang ingat tak ari nie berapa haribulan??
Jangan cakap korang da lupe tarikh ari nie..





Tanggal 8 Mei setiap tahun adalah paling bersejarah untuk semua ibu  @ bakal ibu
sebab pada tarikh ini setiap ibu diraikan & dikenang jasa pengorbanan mereka yang telah melahirkan kita dan membesarkan kita di dunia ini.. Tak kirala walau bagaimana mereka membesarkan kita tetapi jasa mereka harus dikenang kerana mereka la yang membawa kita merasai erti hidupnya di dunia ini..


Cik Shiety kali nie ada cerita sket pasal ibu nie...
yang ini pun sebab Cik Shiety adala bukak2 sikit buku kat uma ..yang sangat berselerak tue..


Tajuk nya ialah Cintailah Ibu Kita..
let the story begins...


Ketika ibu saya berkunjung, dia mengajak saya untuk berbelanja bersamanya kerana dia memerlukan sebuah gaun yang baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi berbelanja bersama orang lain kerana saya bukan lah orang yang sabar tetapi walaupun demikian, kami berangkat jua ke pusat perbelanjaan tersebut.


Kami mengunjungi setiap toko yang menyediakan gaun wanita dan ibu saya mencuba gaun demi gaun dan mengembalikannya semula setelah semuanya tidak padan dengannya. Seiring detik yang berlalu, saya mulai lelah dan ibu saya mulai frust. 


Akhirnya, pada toko yang terakhir kami kunjungi, ibu saya mencuba satu style gaun biru yang cantik terdiri daripada tiga helai kain. Pada blaus nya terdapat sejenis tali di bahagian tepi lehernya, dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk untuk berdiri bersama ibu saya di ruang ganti pakaian. Sebelum sempat saya masuk, saya melihat bagaimana dia mencuba pakaian tersebut. Dengan susah payahnya, dia cuba mengikat tali tersebut. Tangannya terketar-ketar sehinggakan tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya. Seketika ketidaksabaran saya bertukar menjadi rasa kasihan yang amat dalam kepadanya. 


Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke kamar ganti untuk mengikat tali tersebut. Pakaian ini begitu indah dan dia membelinya.


 Perjalanan belanja kami berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan saya. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam ruang ganti pakaian tersebut sambil terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengikat tali gaun tersebut. Kedua tangannya yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapkan, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya dan terlebih itu dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling membekas dalam hati saya


Kemudian, pada petang nya itu, saya pergi ke kamar  ibu saya lalu mengambil tangannya, menciumnya.... dan yang membuatnya terkejut, memberitahukannya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahawa Tuhan telah membuat saya melihat dengan mata ,baru betapa bernilainya dan berharganya tangan yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahawa pada suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung tetapi tak satu pun yang dapat memandingi keindahan tangan IBU....




With love to ALL Mother,
Jika kamu mencintai ibumu, kirimlah cerita ini kepada orang lain agar seluruh orang di dunia ini dapat mencintai dan menyayangi ibunya  
P/s: Sekianlah cerita ini.. harap dapat amik iktibar dan berbahagialah pada yang masih mempunyai ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya......................




Thanks for reading ! Do drop some comments!

0 luahan perasan mereka:

Post a Comment

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...