Vanilla Twillight: 5 Tanda-tanda Kritikal Pesakit Tidak Ambil Kisah

Cute & Top Bloggers

Thursday, May 19, 2011

5 Tanda-tanda Kritikal Pesakit Tidak Ambil Kisah

Salam & selamat bertemu kembali semua!
Hari ini shiety nak cerita tanda-tanda kritikal yang ramai orang kurang ambil perhatian sehingga boleh menyebabkan penyakit akan lebih parah dan lebih teruk boleh menyebabkan maut.
So... do take a note about what am I saying below ok?

Permasalahan sebelum hampir serius haruslah dirujuk kepada doktor .
Ingat mencegah lebih baik dari merawat!!


Sebelum itu, ada sebuah kisah yang shiety ambil dari Reader's Digest supaya korang boleh ambil iktibar dan tingkatkan kesedaran kita bersama.




"Ia sememangnya amat bodoh sekali, sungguh! Hanya kerana gusi sedikit berdarah-- boleh dikatakan banyak jugalah tetapi bukankah ramai juga yang merasakan begitu?" Jirapon Chaimongkon, 26, bukanlah seorang yang jenis mengambil peduli untuk perkara kecil macam ini.. Seorang Jurutera komputer Bangkok yang sangat sibuk. Pada Ogos 1999 dia mengetahui gusi nya berdarah dan  senang bengkak. Namun begitu, dia tidak begitu memikirkannya.


Dua bulan kemudian, dia diserang demam setelah doktor gigi membuang gigi molar ( rujuk gambar 1.1) yang telah membuatnya sakit. Kemudian  segalanya menjadi parah apabila gusi gigi yang telah dibuang berdarah selama tiga hari berturut-turut. Chaimongkon akhirnya berjumpa dengan doktor gigi tersebut. Oleh kerana doktor mengesyaki Chaimongkon mengalami masalah serius, doktor menyuruhnya menjalani ujian darah dan hasilnya positif  yang dia mengalami Chronic Myeloid Leukimia (CML) sejenis kanser sel dalam darah.


Gambar 1.1 Gigi molar dan premolar manusia
Berdasarkan kisah tadi itu, apa yang korang dapat? Bagi shiety la kan, perkara sekecil pun jangan kita ambil ringan kerana yang padah nya nanti kita jua. Macam shiety  yang perangai budak2 nie kan, misalnya shiety sakit perut yang sangat perit dan even sebab premenstrual syndrome pun, mak shiety akan take good care of me. Dia selalu akan suruh shiety ambil ubat atau minyak angin untuk disapu even kadang-kadang dia tolong sapukan untuk shiety sebab dia tahu shiety memang tidak akan pakai atau makan ubat sendiri. hehe..



Berbalik pada simptom tadi, secara ringkasnya, shiety dah sum  up all bawah nie :-

  
 1.  Kesakitan Pada Bahagian Dada
Sepertimana yang shiety pernah beritahu dalam entri sebelum ini, kesakitan pada bahagian dada adalah salah satu faktor serangan sakit jantung. Berdasarkan   World Health Organisation (WHO), seramai 4 million kematian yang diakibatkan dari penyakit jantung  pada tahun 1999.

Serangan sakit jantung boleh berlaku apabila kita bersenam,dan ramai orang menanggap bahawa simptom itu hanya disebabkan pencernaan yang tidak sempurna.” Kata Dr. Samuel Ong, pakar kardiologi Sunway Medical Centre di Kuala Lumpur. Tanda-tanda ini selalunya dikaitkan dengan tekanan yang tidak selesa, kekenyangan, sakit yang perit di dada dan kadang-kadang menyengat di rahang gigi, leher, belakang dan tangan. Selang daipada ikut juga diikuti dengan sesak nafas, mula berpeluh dan nausea (muntah-muntah).


  2.Ketidakfungsian pada bahagian Peranakan ( Sexual  part)
Ramai orang yang mengadu mempunyai masalah kelamin untuk menjalani persetubuhan.  Tetapi ramai yang tidak mengetahui punca masalah tersebut.Kenapakah?

Ok.. mari kita dedahkan kenapanya..Sebenarnya, dalam kita tidak sedar, kita mengambil ubat untuk mengatasi masalah penyakit yang kita hadapi seperti ubat darah tinggi, atau anti-tekanan mempunyai ‘side effect’nya tersendiri.Tambahan pula, penyakit jua mampu member kesan kepada bahagian kelamin kita itu. Berdasarkan kajian, Dr. Benjie Reyes, “ Sesetengah penyakit seperti diabetes,hypertension,thyroid problem dan jua gangguan mental/fizikal boleh menyebabkan fungsi seksual / kelamin terganggu” seorang urologist di St. Luke’s Medical Centre di Manila.

Paling tidaknya, kajian ada menunjukkan kesan awal penyakit jantung adalah dari tisu erectile tidak berfungsi. (rujuk gambar 1.2).
Gambar 1.2 Erektil tisu pada bahagian kemaluan lelaki


33.Perubahan Tabiat dalam Tidur

Ramai yang berfikir insomnia atau tidur yang banyak adalah dari kesibukan dan tekanan gayahidup. Tetapi perubahan tabiat dalam tidur jua merupakan petanda isu penyakit psikiatri.” Kata Dr. Marvin Chong , seorang psikiatri di Hospital Fatimah di Ipoh.

“ Saya bertanya kepada pesakit mengenai tidur kerana ramai yang merasakan ianya senang untuk diperbualkan dari isu masalah mental.Ia juga memberikan petunjuk bahawa pesakit tersebut menderita melalui tekanan atau kebimbangan” Dr. Brian Yeo, konsultant  psikiatri di Mount Elizabeth Medical Centre di Singapura. Masalah tidur ini boleh dihubungkan dengan tekanan, pengambilan alcohol atau kafein yang berlebihan dan juga dari penyakit seperti kesukaran bernafas,diabetes atau penyakit ginjal.
Yang paling mengejutkan masalah tidur berkait rapat dengan penggunaan bantal yang berlebihan. Orang ramai perlu meninggikan kepala mereka untuk tidur mungkin kerana penyakit jantungnya. Meninggikan kepala membantu  peredaran darah ke kaki ke jantung.

44.Reaksi Dari Pengambilan Dadah
Sakit kepala, nausea, rasa nak pitam, alahan,sukarnya bernafas –tanda aras pelbagaipenyakit. April 1998, kajian dalam Journal of the American Medical Association menjangka yang sebahagian 43 000 orang akan masuk hospital dan mati dari reaksi yang kurang baik bagi preskripsi dan keterlebihan dadah .

Oleh itu, sekiranya anda ada memakan ubat baru dan mengalami symptom tersebut, disarankan untuk anda berjumpa doctor semula.



55.Tabiat Pergerakan Penghadaman yang Luar Biasa
Sebarang perubahan dalam pergerakan usus/isi perut terutamanya pada orang ramai yang berumur dalam lingkuangan 50 tahun mungkin mendapat petanda ini” terang Dr. Luis Esteve Abola, pembantu professor di Universiti East Ramon Magsaysay Memorial Medical Centre di Manila. “ Pesakit yang sering merungut penaikan atau penurunan dalam pergerakan usus perut  akan dirawati terus menerus.Mungkin ia satu permulaan untuk kanser kolon  kerana  darah bercampur tahi.

“ Saya mempunyai pesakit yang menderita akibat diarrhoea dan kesakitan abdomen.” Kata Brian Yeo tadi. “ Doktor tempatan tidak dapat temui apa-apa fizikal yang bermasalah,walaupon symptom menunjukkan keperitan di usus. Ini merupakan penyakit psikiatri.



Oleh itu, sedarlah... Malu atau tidak mengambil peduli boleh menjadi sesuatu masalah yang lebih merugikan pada diri anda sendiri....








Thanks for reading ! Do drop some comments!

4 comments:

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...