Vanilla Twillight: Alangkah Manisnya Kalau Kekal Bertudung :)

Cute & Top Bloggers

Tuesday, January 25, 2011

Alangkah Manisnya Kalau Kekal Bertudung :)

Hikmah bertudung....untuk wanita


Sebuah nukilan buat seorang wanita akan ertinya mereka menutup aurat kepala mereka.

Seorang anak gadis (annisa) yang tidak pernah bertudung sedangkan selalu disuruh ibunya supaya menutup aurat...


Satu hari dia mendengar ade satu suami dan isteri yang baru menjadi jirannya. Pelik mendengar dikatakan isteri jirannya itu tidak pernah keluar rumah sehingga dikatakan buta, tuli dan bisu oleh orang kampung. Annisa tidak merasa puas dgn kata orang kampung. Dai sendiri ingin bertanya isteri yang baru pindah itu...
Assalamualaikum..
Dialog ini membahas mengenai seorang wanita tua dan wanita muda. Mereka hidup berjiran.
Kebetulan tercetus perbualan seperti di bawah.
Bersama sama kita menghayati dan memahami maksud di dalam cerita ini.
Pasti terkesan .. huhu..

Annisa : 
Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti "bidadari" mak cik.
Wajah mak cik sangat muda dan cantik..

Isteri jiran :
Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati


Annisa : 
Mak cik kan dah ada anak enam, tapi masih kelihatan cantik. Hairan saya.

Isteri jiran: 
Subhanallah. . sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. . siapakah yang boleh menolaknya?


Annisa : 
Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..
Tetapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai
tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..
sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiran : 
Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita.


Annisa :
Tetapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiran : 
Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami


Annisa :
Apakah hakikat tudung?

Isteri jiran :
Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia.
sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengarperkara yang mengundang mudharat
baik untuk dirimu mahupun masyarakat,
lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari
melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan
untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT,
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..
Itulah hakikat tudung sebenarnya.



Annisa :
Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?Saya masih belom biasa.

Isteri jiran :
Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari
Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu,
kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung'
hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan. .
ketika ditiup sangkakala yang kedua,
pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari
logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan
di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan,
ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran
satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing
hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh
kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak,
dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya,
ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,
ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka.,
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar
yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari
Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan
apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa,
Yang Maha Besar,Yang Maha Kuat,Yang Maha Agung..Allah SWT.

Subhanallah....

"Buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya,
wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia."

Itulah nukilan terakhir Annisa sebelum dia dijemput menghadap rabbul izzati dalam keadaan redha lagi di redhai. Sebagai seorang muslimah yang menharapkan keampunan Ilahi.



Thanks for reading ! Do drop some comments!

0 luahan perasan mereka:

Post a Comment

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...