“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah kerana menjadi wanita....”
- Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan disia-siakan.”
- Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
- Seorang wanita solehah lebih baik dari 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah lebih baik dari 70 orang lelaki soleh.
- Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah.. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
- Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya, dia membaca “ Alhamdulillahi ‘ alaa Kulli Hali Wa Astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa) “ , maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperrti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
- Sabda Rasulullah SAW : “ Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaku di dalam syurga.”
- Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
- Daripada Aisyah r.a: “ Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dibuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripaada api neraka.”
- Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- Apabila dua orang ibubapaMu memanggilmu, maka jawab la panggilan ibuMu dahulu.
- Seorang wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dikehendaki tanpa dihisab.
- Seorang wanita yang mentaati suaminya ( serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, buarung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selamanya dia mentaati suaminya dan meredhainya.
- Aisyah r.a berkata : “ Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?” Jawabnya baginda, “Suaminya”. “Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya”.
- Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki.
- Allah SWT akan memasukan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga dahulu daripada suaminya.
- Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat pada malam hari.
- Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah.
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
- Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Sekiranya seorang wanita meninggal duania dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid..
- Sekiranya wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.
- Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
- Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan paha satu tahun solat dan puasa.
- Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.
- Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
- Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah SWT akan mencatatkan 1,000 kebaikan dan mengampunkan 2,000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan A:llah SWT akan mengangkatkan 1,000 darjat untuknya.
- Seorang wanita yang melayani suamainya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pin tu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.
- Seorang wanita yang menunggu suamainya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, serta diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya akan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT, maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba.
- Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
- Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.
- Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.
- Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh apakan mendapat pahala tola perak..
- Dari HAzral Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
- Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia pelita ketika apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokan harinya, matanya yang buta telah celik. Allah SWT megurniakan kepada itu kerana memuliakan dan meghormati suaminya.
- Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “ Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka “tidak” Lalu baginda bersabda, “ Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada seuami nescaya pahanlanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.”
- Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
- Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.
- Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT, akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah..
- Sabda Rasulullah SAW : “ Wahai Fatimah, setiap wanita yang megeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
- Sabda Rasulullah SAW : “ Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintai benang akan dicatatkan oleh Allah SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya.
- Sabda Rasulullah SAW : “ Wahai Fatimah, setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah SWT satu tempat khas untunknya di atas takhta di hari akhirat
- Sabda Rasulullah SAW : Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka, akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan yang baik sebanyak sehelaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak pula perbuatan jahat mereka dan menjadikan dirnya kelihatan berseri di mata-mata orang yang memerhatikannya.
- Sabda Rasulullah SAW : “Wahai Faatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya, akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai-sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh Allah SWT.
- Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat”
Begitulah keistimewaan menjadi wanita... Oleh itu, jangan pernah merungut kenapa Allah menjadikan WANITA di dunia ini....
0 luahan perasan mereka:
Post a Comment
http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...