Vanilla Twillight: Ujian.. Semuanya Allah Dah Tentukan....

Cute & Top Bloggers

Saturday, June 11, 2011

Ujian.. Semuanya Allah Dah Tentukan....


Macamana iman korang ari nie?
Hope Iman korang lebih baik dari semalam...

Alhamdulillah.. 
Shiety ada sedikit perkongsian ilmu untuk diri sendiri dan jugak korang..

Berkenaan..
Ujian Allah SWT..
Kadang-kadang kita pertikaikan..
Marah, Benci, Geram, Sakit Hati sume-sume tu terpampar apabila kita ditimpa masalah serta diuji...
Sedangkan kita tak tahu ...
Setiap apa yang kita terjadi mempunyai hikmahnya sendiri...

Kat sini.. Shiety nak kongsikan berkenaan ..
Soal Jawab Persoalan Kita Mengenai Ujian Yang Allah Takdirkan...
Berdasarkan Tafsir Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW...
So, diharapkan dapat kita berfikir dan bertindak waras...
Walaupun sedang diuji...

1. KENAPA AKU DIUJI ?
~Surah Al-Ankabut, ayat 2-3~
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
 Rasional :

Ujian menandakan orang itu tengah beriman (dalam proses)... Ini jugak menandakan kasih sayang Allah sebab Dia masih lagi prhatin terhadap kita...Sekiranya kita lulus dalam ujian tersebut, kita adalah orang yang beriman ... tetapi sekali kita ingkar... maka termasuklah kita dalam golongan kafir....

2. KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

~Surah Al-Baqarah, ayat 216~
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
 Rasional:
Mungkin yang baik itu bukan lah kita suka malah kita membenci tapi di sebalik itu, ia mengajar kita supaya memahami apa yang tersirat untuk diri kita yang boleh melengkapi diri kita sendiri.... Sesungguhnya dr apa yang kita ketahui hanya lah diibaratkan setitik air dari sebentang lautan luas...

3. KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

~Surah Al-Baqarah, ayat 286~
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 
  Rasional:
Kita boleh jer kata .. "Oh, aku xsuka la ujian macam nie... Mintak-mintak la tak jadi kat aku" .. Dan bila dah kena, marah-marah pulak.. Sebenarnya... Apa yang terjadi mungkin bukan lah ikut diri kita sahaja...Allah Maha Mengetahui lebih dari apa yang kita ketahui sebenarnya lebih baik terjadi kepada kita...Dan mungkin lah kita kan cakap tak sanggup padahal perkara itu kita mampu menanggung nya... Kesanggupan itu bukan lah dari hati nurani kita tetapi mungkin dari akal pemikiran dan fizikal kita sendiri...

4. RASA KECEWA?
~Surah Al-Imran, ayat 139~
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman.
  Rasional: 
Kita tidak patut bersedih sebab kita adalah orang yang masih dalam pilihanNya ... pilihan Nya untuk mengupgrade iman dan taqwa kita kepada nya serta diberi peluang bagi bertaubat sebelum ia nya terlambat..
Seharusnya kita bersyukur kerana Dia kita kenal tentang fana Nya dunia ini..


5. BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
~Surah Al-Imran, ayat 200~
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. 
~Surah Al-Baqarah, ayat 45~ 
Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
  Rasional:  Sabar.. kunci pertahanan awal...Sebab tu bila ditimpa musibah,.. hendaklah kamu bersabar....Selepas tu, kuatkan la berdoa... kerana itu senjata orang mukmin... berdoa dengan khusyuk... dan mengikuti adab-adab berdoa.... Dan yang paling lebih afdal... solat la solat sunnat seperti solat hajat, solat tolak bala.. dan sebagai nya...Jika kita kusyuk meminta kepada Nya insyaAllah akan diperkenankanNya.. Sesungguhnya Allah Mendengar Doa Orang Yang Meminta KepadaNya...

6. APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
~Surah At-Taubah, ayat 111~
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka. 
  Rasional:
Allah dah menjanjikan Syurga yang bertingkat tingkat untuk hambaNya yang berjaya meluluskan diri berdasarkan ketaqwaan dan keredhaan hambaNya itu sendiri....Syurga yang diimpikan yang beribu kali ganda dari dunia ini...
7. KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
~Surah At-Taubah, ayat 129 ~
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.
  Rasional:
Mintalah kepada Dia ,Allah Yang Maha Esa....


8. AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
~Surah Yusuf, ayat 37~
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
  Rasional:
Putus asa tidak memberikan penyelesaian kepada kita... Malah, kita boleh dikategorikan dalam golongan Ingkar kepada Allah..Ingatlah.. Kerana Allah Akan berlaku Adil kepada semua Makhluknya...Jika kamu memilih jalan yang sesat, maka sesatlah kamu dalam kegelapan... Dan tiada siapa dapat membantuMu melainkan kamu sendiri..




 P/s : Jadikanlah SABAR itu sebagai PERISAI iman... Kerana ASSOBARUL MINNAL IMAN...
Setiap yang Allah janjikan pada HambaNya Pasti Akan DiTunaikan.. 



Thanks for reading ! Do drop some comments!

2 comments:

  1. banyak ilmu dapat melalui entri ni..sesungguhnya setiap ujian dari ALLAH itu akan mnguatkan keimanan kita lagi :)

    ReplyDelete
  2. hurmm.. betul tu fadh..,..semoga bertambah lagi keimanan kita kepada Dia....

    ReplyDelete

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...