Vanilla Twillight: Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 1435H/2014M

Cute & Top Bloggers

Sunday, June 22, 2014

Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 1435H/2014M


Assalamualaikum wbt ! Salam 1 Malaysia 


Dikeheningan Malam 
Tafakur di kesyahduan
Merindui janjiMu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Ku titiskan airmata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudratku
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradatku

Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku....


   Wahh jiwangnya malam nie Shie...
Entah kenapa malam nie syahdu sangat.. Mungkin terharu kerana.....


MALAYSIA BERJAYA MENJADI JOHAN DALAM SETIAP KATEGORI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI INI.. 

Subhanallah, terkejut jugak bila tahu keputusan. Memang selama ini Qari dan Qariah hebat belaka, tapi kali ini amat terharu kerana MALAYSIA berjaya membuktikan negara kita mempunyai nilai asas penghayatan  yang utuh dalam mengamalkan  Al-Quran. 
Syukur ya Allah kerana Engkau beri aku hidup dalam negara yang masih tidak menyisih dari panduan yang kau turunkan. Bila menang cenggini, bolehlah tunjukkan MALAYSIA negara contoh ISLAM yang baik pada negara-negara lain.


Selesai sudah Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa  untuk tahun 2014 yang berlangsung selama 6 hari bermula dari 16 hingga 21 Jun 2014 . Seramai 38 orang peserta (23 orang qari dan 15 qariah) telah mengambil bahagian. 

Manakala Hafazan pula disertai seramai 30 orang peserta. Untuk pengetahuan kawan-kawan dikasihi, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014  adalah buat pertama kalinya memperkenalkan kategori hafazan pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 

Syahdunya bacaan peserta sehingga pungutan mata yang diperolehi agak tinggi dan kurang beza belaka. 
Alhamdulillah,dengan aktiviti seperti ini dapat mengasah bakat- bakat Qari/ Qariah serta Hafiz/Hafizah yang berkebolehan dalam pembacaan dan penghafalan ayat suci Al-Quran Nur Karim untuk kehidupan seharian.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tahniah untuk semua wakil Malaysia yang memenangi semua kategori.


Keputusan penuh Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2014
Kategori Qari

Ahmad Tarmizi b. Haji Ali 95.30% (Malaysia)
Muhamed Bilir – 89.21% (Turkey)
Ihsan Nuzula Zamri – 88.72% (Indonesia)

Kategori Qariah
Hanimzah bt. Jalaluddin90.67% (Malaysia)
Rahimah Pandiodangan – 88.75% (Filipina)
Siti Huzaimah Vadey Haji Rosli – 85.92% (Brunei)


Keputusan penuh Hafazan Peringkat Antarabangsa 2014
Kategori Hafiz 30 Juzuk

Mohd Ersyad bin Abdullah95.75% (Malaysia)
Abdullah Mohammed Al Khairy – 94% (Arab Saudi)
Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah – 92% (Qatar)

Kategori Hafizah 30 Juzuk
Nurhafizah bt Mohd Shafie 95% (Malaysia)

Soumaya Cheikh Ali – 85.75% (Tunisia)
Ndombor Sene – 78.50% (Senegal)


Shie memang kagum dengan Ustaz Tirmizi.
Alunan dia, lantunan dia, suara dia semua boleh adjust dengan baik.
Tambahan pula, bukan majlis kali ini sahaja beliau dapat merangkul johan, malah di luar negara jua dia pernah memenangi majlis tilawah sebegini.
Boleh dikatakan kurniaan Allah bagi untuk beliau dalam dunia tilawah ini.Begitu juga Qariah Hanimzah, yang berasal dari Pahang, tidak pernah berputus asa bagi merangkul johan pada kali ini.


Untuk hafazan, Shie macam tidak percaya sahaja bila adik Mohd Ersyad yang berasal
dari Kedah mendapat Johan Hafazan terbaik.
Uihh, harum nama Kedah sat. Bangga cheq ghasa ='D.
Demikian pula, Nurhafizah berasal dari Selangor, mendapat Johan Hafazan bagi kategori perempuan.
Berkat nama sendiri pown boleh mendorong dia menjadi Hafizah.
Tak kurang hebat peserta cacat penglihatan dari QATAR mampu mendapat tempat ketiga dalam HAFAZAN kali ini.
Mudah-mudahan syafaat senang diperolehi buat kalian. Aminn ~


Sehingga bertemu lagi di majlis akan datang ~
Wallahu 'alam

P/s: Teringin jugak nak masuk, tapi kena cari GURU jugak la nak mengaji mcm ni. Sangat sukar kalau baru nak bermula dari bawah tapi senang kalau dilenturkan dari kecik.. Beruntunglah kepada Qari/Qariah dan Hafiz/Hafizah sekalian.











Thanks for reading ! Do drop some comments!

0 luahan perasan mereka:

Post a Comment

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...