Vanilla Twillight: Happy Father's Day!! XOXO

Cute & Top Bloggers

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day!! XOXO



Credit Uncle Google

Hadirmu memberi seribu erti,
Menjaga, mendidik dan mengajar kami dengan penuh ketabahan,
Berusaha memperlengkap kami dengan segala keperluan,
Kau memang seorang abah yang berbakti.

Semalam,
Rotan ini kau pegangkan,
Menghayun ketika kami cuba mengingkarimu,
Namun kami anak anak mu tidak pernah sama sekali membenci,
Tetapi dari situ kami belajar membina jati diri.




Kegarangan kamu mungkin seringkali terlebih,
Ketika kami masih leka dalam perjalanan kami,
Kau tetap tekad menasihati kami, memerhati kami dan mendoakan kami,
Kau insan yang terbaik anugerah Allah beri kepada kami.

Di dalam usia semakin meningkat,
Seringkali kau mengeluh,
Tapi kau tidak pernah berputus asa,
Mencari nafkah, rezeki di mana ada,
Bagi menghulur sesuap nasi kepada kami.


Sepanjang usia kami,
Ke mana kami dihantar untuk mencari ilmu,
Menggulung kejayaan,
Kau tetap bersama,
Bergerak ke hulu hilir,
Menghantar kami ke sekolah,
Sehingga kini,
Kau masih utuh berusaha memberikan yang terbaik untuk kami,
Kau memang seorang bapa yang bertanggungjawab..

Maafkan kami andainya di saat kami nakal,
Maafkan kami seandai masih belum dpt memenuhi cita cita abah,
Namun kami akan berjuang untuk abah, dan masa depan kami,
Terima kasih abah kerana segala-gala yang tidak ternilai,
Semoga suatu hari abah dapat berbangga dengan kami semua..


Abah, Kami sayang Abah sampai bila bila..
Happy Father's Day !
Kamarudin Abdul Rahman ='D
From Sabira, Salmi, Syahir dan Sorfina

Nukilan Asal : Siti Sabira Kamarudin



Thanks for reading ! Do drop some comments!

0 luahan perasan mereka:

Post a Comment

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...