Vanilla Twillight: June 2014

Cute & Top Bloggers

Sunday, June 22, 2014

#INSPIRED by HATI,CINTA,MOTIVASI & JODOH

Assalamualaikum ! Salam Penghujung Hari semuaaa ~ 


Dalam beberapa hari ini, Shie banyak terbaca #Qoute yang #Inspired or #Motivate Shie..
Suka untuk Shie nak kongsikan kepada kawan kawan semua..
Manalah tahu suatu hari nanti, uolls akan teringat kat kata-kata ni 
dan teringat kat Shie kan?
*hehe* walaupun jauh di mata, uolls tetap di hati *haha*


= About Heart, Love and Motivation =
La Tahzan : Senyum Walau Tiada Sesiapa pn tahu.
Jatuh, jatuh dan jatuh.
Namun aku adaNya Allah untuk aku tidak putus asa menuju jalan Kau redhai.
Credits Twitter : Hafiz Hamidun

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. 
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(QS al-Zumar [39]: 53)


= Bagaimana pula dengan J. O. D. O. H  ? =
Kata Ustz HiLaL Asyraf (langitillahi.com) : "Kalau benar cinta, mesti bawa ke syurga,
apa apa yang membawa ke neraka, bukan cinta namanya"

Allah tak akan hadirkan sembarangan orang dalam hidup kita. 
Either it's for a blessing or a lesson.
Oleh sebab kau sendiri dah tak nak duduk dalam muka surat yang lepas, 
keep going dan buat muka surat baru, sebab muka surat baru tu tak akan ada 
kalau kau sendiri tak berusaha nak move on. 
Dan selamanya, untuk setiap muka surat tu, Allah tetap ada. 
It's your choice now. Stay calm and start to think for yourself. 

Kata pepatah :"Kalau ada jodoh tak ke mana jua."

Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran).” 
(QS al-Nisâ’ [4]: 27)

Jodoh itu Rahsia Allah. 

" If you truly love him/her for the sake of Allah, you want to meet him/her in Jannah 
& you fear Allah, you will refrain yourself from contacting him/her " - Shaykh Daood Butt

Sekian sahaja entri kali nie, semoga bermanfaat !



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 1435H/2014M


Assalamualaikum wbt ! Salam 1 Malaysia 


Dikeheningan Malam 
Tafakur di kesyahduan
Merindui janjiMu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Ku titiskan airmata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudratku
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradatku

Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku....


   Wahh jiwangnya malam nie Shie...
Entah kenapa malam nie syahdu sangat.. Mungkin terharu kerana.....


MALAYSIA BERJAYA MENJADI JOHAN DALAM SETIAP KATEGORI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI INI.. 

Subhanallah, terkejut jugak bila tahu keputusan. Memang selama ini Qari dan Qariah hebat belaka, tapi kali ini amat terharu kerana MALAYSIA berjaya membuktikan negara kita mempunyai nilai asas penghayatan  yang utuh dalam mengamalkan  Al-Quran. 
Syukur ya Allah kerana Engkau beri aku hidup dalam negara yang masih tidak menyisih dari panduan yang kau turunkan. Bila menang cenggini, bolehlah tunjukkan MALAYSIA negara contoh ISLAM yang baik pada negara-negara lain.


Selesai sudah Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa  untuk tahun 2014 yang berlangsung selama 6 hari bermula dari 16 hingga 21 Jun 2014 . Seramai 38 orang peserta (23 orang qari dan 15 qariah) telah mengambil bahagian. 

Manakala Hafazan pula disertai seramai 30 orang peserta. Untuk pengetahuan kawan-kawan dikasihi, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014  adalah buat pertama kalinya memperkenalkan kategori hafazan pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 

Syahdunya bacaan peserta sehingga pungutan mata yang diperolehi agak tinggi dan kurang beza belaka. 
Alhamdulillah,dengan aktiviti seperti ini dapat mengasah bakat- bakat Qari/ Qariah serta Hafiz/Hafizah yang berkebolehan dalam pembacaan dan penghafalan ayat suci Al-Quran Nur Karim untuk kehidupan seharian.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tahniah untuk semua wakil Malaysia yang memenangi semua kategori.


Keputusan penuh Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2014
Kategori Qari

Ahmad Tarmizi b. Haji Ali 95.30% (Malaysia)
Muhamed Bilir – 89.21% (Turkey)
Ihsan Nuzula Zamri – 88.72% (Indonesia)

Kategori Qariah
Hanimzah bt. Jalaluddin90.67% (Malaysia)
Rahimah Pandiodangan – 88.75% (Filipina)
Siti Huzaimah Vadey Haji Rosli – 85.92% (Brunei)


Keputusan penuh Hafazan Peringkat Antarabangsa 2014
Kategori Hafiz 30 Juzuk

Mohd Ersyad bin Abdullah95.75% (Malaysia)
Abdullah Mohammed Al Khairy – 94% (Arab Saudi)
Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah – 92% (Qatar)

Kategori Hafizah 30 Juzuk
Nurhafizah bt Mohd Shafie 95% (Malaysia)

Soumaya Cheikh Ali – 85.75% (Tunisia)
Ndombor Sene – 78.50% (Senegal)


Shie memang kagum dengan Ustaz Tirmizi.
Alunan dia, lantunan dia, suara dia semua boleh adjust dengan baik.
Tambahan pula, bukan majlis kali ini sahaja beliau dapat merangkul johan, malah di luar negara jua dia pernah memenangi majlis tilawah sebegini.
Boleh dikatakan kurniaan Allah bagi untuk beliau dalam dunia tilawah ini.Begitu juga Qariah Hanimzah, yang berasal dari Pahang, tidak pernah berputus asa bagi merangkul johan pada kali ini.


Untuk hafazan, Shie macam tidak percaya sahaja bila adik Mohd Ersyad yang berasal
dari Kedah mendapat Johan Hafazan terbaik.
Uihh, harum nama Kedah sat. Bangga cheq ghasa ='D.
Demikian pula, Nurhafizah berasal dari Selangor, mendapat Johan Hafazan bagi kategori perempuan.
Berkat nama sendiri pown boleh mendorong dia menjadi Hafizah.
Tak kurang hebat peserta cacat penglihatan dari QATAR mampu mendapat tempat ketiga dalam HAFAZAN kali ini.
Mudah-mudahan syafaat senang diperolehi buat kalian. Aminn ~


Sehingga bertemu lagi di majlis akan datang ~
Wallahu 'alam

P/s: Teringin jugak nak masuk, tapi kena cari GURU jugak la nak mengaji mcm ni. Sangat sukar kalau baru nak bermula dari bawah tapi senang kalau dilenturkan dari kecik.. Beruntunglah kepada Qari/Qariah dan Hafiz/Hafizah sekalian.











Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, June 21, 2014

LiRIk Lagu Rasmi FIFA World Cup 2014

 Holla !! 
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia semua..
Uit, stay up nampak? Ni memang konfirm nak tengok BOLA kan ? 
Malam ni Switzerland vs France kan? Pukul 3 kan?
Amacam dengan match Italy vs Costa Rica tadi?
Pertandingan Kalah mati pulak (Group D), Bryan Ruiz dari Costa Rica 
menjaringkan satu GOAL tewaskan Italy, fuhh.. Hebattt !
Bermakna Costa Rica terselamat dari paras bahaya.. WELL DONE son~
Syabas syabas syabas....  ='D


Korang sokong mana? 
Share share lah sikit .. kehkehkeh~
,
Amboiii, excited lah  korang nieh dengan FIFA WORLD CUP heh! 
Berkobar kobar nampak nya..
Memandangkan dari semalam group Wechat FiFA World Cup asyik bising menyanyi je,
Shie pown terdetiklah nak praktis menyanyi sekali kuikuikuikui..
Ni pown kira menunjukkan semangat Shie menyokong World Cup taw!
Walaupown Shie nie bukan amik tahu sangat pasal World Cup tapi 
tak salah bagi Shie untuk cuba menyokong sport right? 


Pergh ~Shie rasa Shie boleh jadi pom pom girl pasnieh hahaha..
Yelah, kebelakangan nie Shie selalu dengar lagu Rio to Brazil tuh..
'
Dah jadi minat pulak nak menyanyi lagu tu..
So entri kali nie LAGU PEMBAKAR SEMANGAT~
Terimalah, Official 2014 FIFA World Cup Song~
O: L : E    O : L : A
* WE ARE ONE *
Hey oh hey x8
We're fighters, we're warriors
We were born to win this game
No compassion, feel the passion
Running faster through the rain

Feel the love, of the world
It's a time to celebrate
It's a moment to be first
Here we go, it's time to play

Hey oh hey
Hey oh hey
We are on top of the world
We are one one
Hey oh hey
Hey oh hey
We believe in our self
We are one one
Hey oh hey
Hey oh hey
We're brave, we are strong
We are one one
Hey oh hey
Hey oh hey
We wouldn't stop until we won
We are one one

We're champions, with companions
And together we'll defeat
If we want it, we can have it
We're ready to complete

Hey oh hey
Hey oh hey
We believe in our self

Brazil, Columbia, Australia, Iran
Reach to the stars
We are one one
Russia, Italy, Spain, Japan
Doesn't matter where you from
We are one one

Hey oh hey
Hey oh hey
We are on top of the world
We are one one
Hey oh hey
Hey oh hey
We believe in our self
We are one one
Hey oh hey
Hey oh hey
We're brave, we are strong
We are one one
Hey oh hey
Hey oh hey
We wouldn't stop until we won
We are one one



Nyanyian :
Pitbull, Jennifer Lopez (JLo), bersama penyanyi popular Brazil Claudia Leitte.
Ciptaan : Armando Christian Pérez (Pitbull)




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Tuesday, June 17, 2014

#4 Wordyless Wednesdaaayyy Rawr



 Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 
Yeah I come with Wordless Wednesday lagi !
*Ahaks*
Tadi golek golek dekat facebook macam biasa,
Tetiba ternampak satu picture nie yang memberi kesan kat Shie..
Jadi Shie akan lekat *PAP!* untuk wordless Wednesday yang ke 4 ni.
Sobs.. Sobs.. Entah kenapa ternampak pada Hari Rabu entah..

Credit Fb Page Rusydee Artz

#DUSH@DUSH #
Memang kemerengan sikit terasa nya..Huhu..
Argh ..Supik anak Jabir Lah ! *loghat pantai timur* rasanya...
Pesanan Penaja : JANGAN GILA BOLA!
Huwaaaaa... Tak stabil rasa tengok gambar nie..
Nak pergi memujuk hati kejap !
~ Okehbai ~



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day!! XOXO



Credit Uncle Google

Hadirmu memberi seribu erti,
Menjaga, mendidik dan mengajar kami dengan penuh ketabahan,
Berusaha memperlengkap kami dengan segala keperluan,
Kau memang seorang abah yang berbakti.

Semalam,
Rotan ini kau pegangkan,
Menghayun ketika kami cuba mengingkarimu,
Namun kami anak anak mu tidak pernah sama sekali membenci,
Tetapi dari situ kami belajar membina jati diri.




Kegarangan kamu mungkin seringkali terlebih,
Ketika kami masih leka dalam perjalanan kami,
Kau tetap tekad menasihati kami, memerhati kami dan mendoakan kami,
Kau insan yang terbaik anugerah Allah beri kepada kami.

Di dalam usia semakin meningkat,
Seringkali kau mengeluh,
Tapi kau tidak pernah berputus asa,
Mencari nafkah, rezeki di mana ada,
Bagi menghulur sesuap nasi kepada kami.


Sepanjang usia kami,
Ke mana kami dihantar untuk mencari ilmu,
Menggulung kejayaan,
Kau tetap bersama,
Bergerak ke hulu hilir,
Menghantar kami ke sekolah,
Sehingga kini,
Kau masih utuh berusaha memberikan yang terbaik untuk kami,
Kau memang seorang bapa yang bertanggungjawab..

Maafkan kami andainya di saat kami nakal,
Maafkan kami seandai masih belum dpt memenuhi cita cita abah,
Namun kami akan berjuang untuk abah, dan masa depan kami,
Terima kasih abah kerana segala-gala yang tidak ternilai,
Semoga suatu hari abah dapat berbangga dengan kami semua..


Abah, Kami sayang Abah sampai bila bila..
Happy Father's Day !
Kamarudin Abdul Rahman ='D
From Sabira, Salmi, Syahir dan Sorfina

Nukilan Asal : Siti Sabira Kamarudin



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Friday, June 13, 2014

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Assalamualaikum..

Semoga kalian sihat sihat sahaja..
Entri kali nie, Shie just nak share sedikit info mengenai
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban  (15 Syaaban 1435H)
yang berlalu dua hari lepas..
Digalakkan untuk membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali dan diniatkan untuk dipanjangkan umur, memohon diberi rezeki yang cukup dan berkat serta diberi keimanan dan ketaqwaan yang mantap..
Dikatakan dalam malam ini, Allah sangat mendengar doa hambaNya..
Adalah sangat mustajab kalau berdoa di dalam waktu ini...

 Okay, berikut adalah Keistimewaan Malam Nisfu Syaaban yang Allah pernah janjikan pada hambaNya..
Semoga bertambah amalan dan keimanan kita dalam mencari keredhaan Allah..


1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:

Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.


2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:

Pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.


3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:

Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:

Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.


5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:

Sayyidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.


6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.



Korek Nisfu Syaaban yang tahun lepas.. Kredit ICCU Unikl

Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan kan ?
Sudah bersiap sedia kah kalian semua menghadapi Ramadhan kali nie?
Dengan keadaan cuaca yang panas dan mungkin berlarutan sehingga bulan September nie,
orang ramai dinasihatkan supaya banyakkan minum air masak pada waktu sahur..
Severe dehydration might lead you to have confusion, headaches, comma and probably shock death..
Pastikan badan mempunyai water content yang cukup untuk berpuasa..
Dinasihatkan 2-3 liter air masak sehari..



p/s: Ni gambar malam 15 Syaaban 1435H.. Bulan penuh dan cantik.. Subhanallah :)



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Wednesday, June 11, 2014

Versi Throwback : Travelling Tours Circling Malaysia

Assalamualaikum..

Tadaaa ! I come back writing my journey ~
Meanss... Shie sudah pulaaangg.. Hooray !
Opss, tapi sekarang Shie tidak lagi berada di bumi Hijau Kuning ='(
Hoh.. why why why?

Actually, travelling tours Shie rancang just balik Kedah and stay there..
But somehow, unexpected incident causes me to be in LUMUT...
Gosh why, why, why? 
I have to stay here in Seri Manjung and spend here with by myself..
Yelaahh, supposely I thought balik dari Kajang ke Kedah 
and I can help my mum to take care of my granma.. =')
 Bzzzz.. Huh.. Lain yang jadi pabilaaa....
airmata membasahi pipi...grr melayan lagu Yuna pulak dahh ..
Shie terpaksa mengextendkan tours Shie sampai habis cutii semester ini.. ='(

Kredit gugel :)

Yeah, disebabkan my litha sista dah nak balik hostelnya minggu depan ..
I have to follow ma dad to Seri Manjung..
Since he was being alone, when ma mother was at Kedah, 
ma mother asked me to stay with ma dad..
Geez, not to be sad, I tried to think positive ..
I think it was fun as I can do whatever I want...
Today, I have cooked for myself and I was happy since 
dah lama dah Shie tak masak utk diri sendiri..
Gladly I still can COOK .. teheee ~ lulz

Let see my travelling time .. ='3



Pergh , ikotkan kalau Shie naik bus.. Of course dah pingsan Shie dah..
6 jam just balik kedah kowt~  kematu punggungku!
Urm.. plus balik ke Perak tuh makan masa 3 or 4 jam lagi..
Total 10 jam travelling.. @_@!
Nasib Shie naik flight, makan masa about 50 mins sahaja.. Fuhhh..

-My KL transit ticket with receipt-
U know what.. I am too excited becausze this is my first time I naik 
ERL KL TRANSIT and depart from KLIA 2.. 
It gives me more more more exciting when I was travelling alone..
Shut up.. memang sangat sangat teruja as naik ERL yang berkelajuan tinggi tuh..
Dalam ERL tu kita rasa macam tak laju but when we see from the outside..
Omaigod, memang cepat la Shie sampai KLIA 2..only take 25 mins sahaja..
Try la kengkawan.. Tiket untuk adult about RM26.50 and it can order via online!
Click here for the order -->> KL TRANSIT

That would give me a SURPRISing and SHOCKing to me
since I had never been in KLIA 2..
Kekok Shie cari di mana counter flight for Air ASIA..
Rupa rupanya bangunan tu di sebelah..
Alhamdulillah la ada signboard yang tak putus-putus untuk lead me ke bangunan tu.. 
but somehow I still ragu ragu as I was alone... huhu..
kang sesat sapa nak selamatkan aku.. Superman? Spiderman? 
Mengarut betul pemikiranku nieh..

Mujur Shie dah web check in .. so takde masalah kalau sampai tu nak slow walk kape..
Lepas keluar dari bangunan shopping yang KL TRANSIT drop me tu,
Shie ada singgah dekat sebuah chocoshop nie .. 

Beryl's Chocoshop
This is Beryl Chocs!  yummy.. !! ='P
Urm ada halal dan tak diragui macam Cadburry dah !
Sebab memang kedai tuh just for chocs and send by their trader just chocs and snacks!
No more pencemaran campur campur dengan lemak babi ke apa .. opss !
Hehe.. abaikan ke"over"an Shie tuh..

Okay okay okay.. Shie mau cerita sikit lah perbezaan antara LCCT & KLIA2..
Bagi Shie, Shie prefer LCCT lagi dari KLIA2..
Urm.. nak tahu bezanya tak ? NAkkk!
Beza nya yang paling ketara, waktu kena bag drop ke waiting gate and 
dari gateway ke aeroplane..

Kat LCCT, bagdrop check ke waiting gate dekat je .. tak perlu jalan jauh..
Kiranya lepas check begage semua .. boleh cari tempat duduk waiting..
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii... nak pergi ke plane memang rushing la..
Yelah kan, low cost terminal.. 
of course la kena berjalan jauh sikit kalau tanak red carpet bagai tuhh..


Manakala KLIA 2, kaunter airasia sangat lah banyak .. 
Korang kena alert dengan screen tv for bagage and doc check dekat kaunter apa..
bagdrop check in dengan gateway dia TERRR sangat sangat lah jauh..
Bayang kan, dah la kena beratur panjang berjela jela..
 (masa tuh kaunter ada buka  tiga gate shj)..

Lepas tuh, kena usung all the bagages tu sampai ke gateway..
memang ada trolley tapi kalau nak tahu bukan anda semua boleh guna 
trolley tu sepanjang perjalanan ke gateway.. Argh!
Berpeluh peluh gila Shie berkejaran sebab Shie risau tak sempat
sbb masa di counter AirAsia pn  shie terdengar ada announcement
penerbangan ke Alor Setar, kena daftar direct ke kaunter segera...

Pintu Boarding Shie K 12 which is I must walk through every gateways until K 12 !!
Nasibla laluan tu just for number genap so I must pass all of these gateways K2,K4, K6, 
K8, K10 and lastly reaching K12..

Nak diceritakan Shie jadi tak sukanya tuh pabila bagage check in..
Tapii di KLIA 2 .. I Have tooo bukak belt!
Brrr ! Korang tahu dah la kena bukak belt.. 
Then, dalam keadaan rushing memang tak sempat la nak berfikir berhenti dulu..
Totally mmg aim sampai pintu tu je .. 
dengan tak pakai belt, memang Shie pegang belt kat tangan je..
mujurlah jeans tu mmg tak de la longgar sgt.. 
kalau takkkk errkk memang krik krik..Cut itt Shie!!

Memang agak malu jugak la, 
Dengan berpeluh-peluh rushing gitu, Shie gerak bersebelahan ramai PILOT..
Urgh!! memang dengan keadaan sebegitu, kaw kaw la melepas nak *blink blink* mata 
dengan PILOT sekalian...Ouch !! pedulikk ahh.. 

Hmm Hmm.. mujur lah sampai di pintu K12 tu ada totoi (toilet) ='D
Bolehla shishieen and beyakk dulu kuikuikui.. and tak lupa pakai BELT balikk..
Hewhew.. legaaa sikit.. hilang peluh..
After that, bila da bukak gateway tu, kena tunggu lagi dalam ruang tuh.. 
Bila aeroplane dah siap sedia, check lagi board pass aku... 
(padahal sebelum dlm ruang tuh dah check kot)..LECEH la..
Sebab aeroplane Shie ada delay.. memang kena tunggu..
Then fly laa Shie ke ALOR SETAR dengan heavennya..

Sedikit Info:


Pilot flight Shie bernama FIKRI ..
Attendence dia pulakk  SOFEA,MANDY, & SHAHRUL..
Ingat pulak aku niehh hahhaha..
Btw psst ! SHAHRUL tu memang ensem mukanya .. 
Muka koreanteenagers gittew hewhew..siooot je !!haha..

Suhu dekat Alor Setar tuh agak tinggi dalam 32 degree celcius..
Hmm memang dunia makin panas tambah kena hadapi EL NINO pulak..

Lepas turun di Sultan Abdul Halim Airport, my abah pecut amek Shie di sana..
Then, sampai di Sg Petani, rindu dekat my granma.. 
dapat kiss dia .. dapat peluk dia.. hilang rindu Shie.. sobs sobs..
Next, I have to follow ma dad ke Perak.. so saadd..
Abah mampu drive jauh jauh w/out rehat yang panjang... 
Tabik spring untuk ABAH ! Ay Ay Ay Captain haha..

Now here I am ! Di Seri Manjung and spend here..
If ada any girls yang sudi lepak dengan Shie nie, roger roger lah..
Teringin nak cari kawan di sini..cuz I have never had siblings here.. ='(

Bizarre :'p

Okaylah.. Dah panjang pulak dah Shie bercerita.. 
Kalau ada yang terlanjur bicara , serba kekurangan Shie mohon maaf.. 
Exsaited sangat tulis gittu la huhu..
Apa pown selamat bercuti pada yang sudah habis BERFINAL EXAM hee..


p/s: Jangan lupa serbu wayang tengok Transformers 27 JUN nie! Excited baq hang!









Thanks for reading ! Do drop some comments!

Monday, June 9, 2014

Here I Come Once Again!

Assalamualaikum...

Toink ! Toink! Toink !
Whats Up Ualls?
Having fun tak musim cuti sekolah nie?
Spend time with famili? Syoknyaa....Jeles waa..

Shie di sini masih berkemas ..
Masih menunggu detik detik untuk pulang ke KEDAH jugak ! weee ~ ='D

Huwaa.. Yipee.. Hoorayy ~
Cuba tengok nie .. Banyak benor Shie packing..
Macam orang nak pindah jee....
Pindah ? Pindah? Shie pindah lagi ke ? ='O



Yup.. Shie nak pindah lagii.. huhu..
Pindah ke rumah sewa yang lama..
Rumah Sewa yang palinggggggg pertama sekali Shie duduk..
Yah , nak tahu mana.. ? Ce teka ce teka.. Huahuahua..

Clue nya EMPAT TIGA ENAM A (436A)..
Lokasi akan tetap dirahsiakan ! ='P  ..Hee..
Eh, eh, eh, lupa pulak ..
Shie ada amek gambar bilik Shie dulu..
Masa tuh dapat bilik MASTER BEDROOOM kay? Jangan jelousss !
Cuba tengok nie..

Ada bantai busuk laa.. kuikuikuii..

Sila abaikan sepah tepi tepi yang tak sepatutnya tuh :'3

Err.. Girls things :'P
Sila abaikan yg nampak takbest tuh..

Piwit tak perasan pulak ada baju Unikl kat situh bahaha..
Abaikan okay -,-!

Sekarang pulak di bilik tengah ..
Lebih kurang la lebar nya cuma kurang kepanjangan dia.. Huhu..
Erm erm nak tangkap gambar bilik masih dalam CONSTRUCTION ='3
Jadi jadi.. simpan lah hajat nak berselffie dalam bilik .. sobs sobss..

Erkk, dah kul 3 petang dah.. Shie nak kena cepat..
Lots of PACKING STUFF nak kena kemas lagi sebab esok Shie balik naik flightttt..
Border pass flight pn belom print lagi .. OH NOOOOO !
Okay, tata then..
See uolls when Im da sampai KEDAH nanti ! gehehee... =")






Thanks for reading ! Do drop some comments!