AssAlamualaikum warah matullah semua ..
Hari ini tepat lah 30 Mac 2012, maka terjadi la sebuah perhimpuanan rasmi sebahagian wakil pemerintah serta wakil persatuan NGO berkumpul untuk menyatakan perihal Isu Palestin & Syria yang makin menjadi- jadi di sana. Kasihan Umat Islam di sana , ditindas , dipukul dan ditembak hidup-hidup . Sedih sangat pada apa yang telah berlaku untuk mereka.
Sekurang-kurangnya 100 orang personaliti terkenal antarabangsa akan mengambil bahagian dalam menandatangani dokumen pentadbir GMJ itu. Sejajar itu, semua selebriti dan organisasi-organisasi kebangsaan yang menyokong GMJ akan disenaraikan dalam Lembaga Penasihat GMJ untuk menunjukkan sifat GMJ yang menolak kekejaman Israel.
Tambahan pula, satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin dan beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.
Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya.
Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.
Bak kata Nelson Mandela, “Palestin adalah merupakan crisis terburuk moral di dunia moden ini”.
Ya mereka umat Islam tapi kenapa kita kena pertahan kan Palestin?
Kenapa kita tidak ambil je umat Islam kat Palestin tinggal dengan kita..?
Persoalan ini dijawab kerana wujud nya Baitul Maqdis yang merupakan tempat antarabangsa untuk menunaikan haji disamping menjadi pusat ekonomi bagi negara Palestin. Kerana itu, telah berkurun lamanya Baitulmaqdis menjadi kebanggaan di hati masyarakat Palestin sebagai tempat keagamaan dan bersosial bagi masyarakat Muslim, Kristian dan Yahudi.
Hadis riwayat Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Tidak dianjurkan untuk berpergian kecuali kepada tiga masjid : Masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjid Aqsa".
Diriwayatkan juga dari Maimunah pembantu Nabi S.A.W. ia bertanya kepada Rasulullah S.A.W., maksudnya : "Wahai Nabi Allah fatwakanlah kepada kami tentang Baitul Maqdis", Rasulullah S.A.W. bersabda "Ia adalah tanah tempat asal dan juga merupakan tempat berkumpul, datanglah kepadanya dan lakukanlah solat di sana kerana sesungguhnya sekali solat di Baitul Maqdis sama dengan seribu kali solat di tempat lain", kemudian Maimunah kembali bertanya : "Bagaimana pendapatmu wahai Rasulullah tentang orang yang tidak sanggup menanggung beban padanya atau tiada mampu datang ke sana?", Rasulullah menjawab : "Hendaklah orang tersebut menghadiahkan minyak untuk menyalakan lampu padanya, kerana sesungguhnya orang yang memberikan hadiah kepadanya sama seperti orang yang solat di sana".
Di kota bersejarah ini juga telah menempatkan Qubah as-Sakhrah atau Kubah Batu yang telah dibina pada kurun ke-17 yang menjadi simbolik bagi Islam kerana disinilah telah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang mana Nabi Muhammad S.A.W telah diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Ianya terletak berdekatan dengan Masjid al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci. Bagi penduduk yang beragama Kristian, Gereja Suci Sepulchre dianggap sebagai tempat yang paling suci di antara banyak-banyak tempat di Kota Lama. Manakala yang berbangsa Yahudi pula akan berdoa di tembok barat (Western Wall), iaitu tempat yang dipercayai menjadi sebahagian daripada Bait Suci Herodes.
Apa kaitan WALL dan YAHUDI???Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA..DINDING RATAPAN.Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya...Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah..
Sebagaimana kita tahu Masjidil Aqsa adalah tempat berlaku nya peristiwa Israk dan Mikraj,dimana kewajipan solat telah diturunkan dan dijadikan qiblat pertama umat Islam.JIka begitu, adalah wajib untuk kita pertahan kannya dan mengambil hak kita semula dari Israeliat yang sangat kejam itu.
Dan kenapa tarikh 30 Mac ini?
Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.
Apabila Negara Israel telah diisytiharkan pada tahun 1948, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan Baitulmaqdis sebagai zon antarabangsa, yang pada asalnya dimaksudkan sebagai sebuah negara Palestin. Walaubagaimanapun, pada tahun 1967, Israel menakluki Tebing Barat, Semanjung Gaza dan semua yang ada di Baitulmaqdis. Penaklukan secara haram ini tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa tetapi Isrea telah menolak resolusi 242 PBB yang menyarankan Israel untuk menarik diri daripada Baitulmaqdis dan beberapa jajahan yang telah ditakluki.
Pihak berkuasa Israel telah menyekat kebebasan masyarakat Palestin yang beragama Kristian dan Islam untuk melakukan ibadat di Kota Baitulmaqdis meskipun di tempat-tempat suci seperti masjid dan gereja.
Laporan Misi Kesatuan Eropah (EU) 2005 menyatakan bahawa, “Motivasi utama Israel adalah untuk menguasai demografi iaitu dengan mengurangkan penduduk Palestin dan pada masa yang sama berusaha untuk menambahkan bilangan Yahudi Israel yang tinggal di bandar Baitulmaqdis”. Polisi ini adalah daripada dasar Aparteid yang bertujuan untuk memusnahkan kepelbagaian etnik, budaya dan agama sepertimana yang telah dinikmati oleh penduduk Baitulmaqdis suatu ketika dahulu.
Bentuk perbuatan Aparteid Israel yang dilihat sebagai paling tidak berperikemanusiaan ialah apabila terbinanya tembok Aparteid Israel setinggi tiga meter disepanjang Tebing Barat. PBB 2004 telah menggesa Israel untuk menghapuskan tembok tersebut kerana ianya memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Palestin apabila mereka terpaksa membiarkan Israel merampas tanah untuk bercucuk tanam dan sumber air mereka kepada peneroka Israel yang menjajah kawasan itu secara haram. Oleh hal yang demikian, masyarakat Palestin terpaksa hidup dalam keadaan yang serba kekurangan disebabkan oleh pencerobohan tentera Israel yang menindas mereka dengan memutuskan segala hubungan mereka dengan dunia luar dengan perintah berkurung yang berkuat-kuasa serta merta.
Setelah melawat Tebing Barat, Ketua Bishop Desmond Tutu menyatakan, “Ia mengingatkan saya mengenai apa yang berlaku kepada kami orang yang berkulit hitam di Selatan Afrika”. Menunjukkan ape telah terjadi di sana sendiri.
Oleh itu, kita seharusnya berusaha untuk membantu mereka .Menyalurkan bantuan kewangan, makanan serta perubatan.Selain itu, mendoakan mereka supaya menghapuskan pemerintahan yang kejam ini. Sesungguhnya doa orang dizalimi sangat dimakbulkan oleh Allah.
Entry copy paste & sebarkannya.
Selamat berjuang delegasi Malaysia.
Bebaskan Palestin !!
wALLahualam.
JKK~ berjumpa lagi nnti
Sumber : : http://www.mygmj.org/2012/02/kenapa-gmj.html
0 luahan perasan mereka:
Post a Comment
http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...