ASSALAMUALAIKUM..
Entri kali nie Shie nak mengetengahkan bicara tentang jodoh wanita yang perlu dicari..
Siapa cakap wanita xperlu berusaha mencari cinta..??
Dan kenapa plak orang ramai mengatakan perigi mencari timba apabila perempuan mencari cinta..??
Jikalau begitu hanya lelaki sahaja ke yang perlu dapatkan cinta sejati..???
Sebenarnya wanita juga perlu berusaha untuk mencari cinta..
Tetaaaaaapii.. bagaimana caranya?? Excited niehh~
Okei! Dengar sini baik-baik!
Seeeee...telah penat meyelidik
3cecey.. padahal bce novel je pown..
Bukan ssebarang novel ek..
Novel facts Medik Islamik nieyh..
Pertama sekali, berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya, produk 'solehah'yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan yang tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
Keduanya, berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call,puji-pujian dan lain-lain),
senang pula dipersia-siakan.
Ketiganya, berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka, dan sebagainya yang soleh-soleh juga.
Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.
Keempatnya, jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seseorang lelakidan anda ingin memulakan, pilihlah melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.
Kelimanya,minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yg mencarikan untuk anda.
Keenamnya, jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya, serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintala dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan treus melibatkan ibu bapa, bukan hanya dengan berdua-duaan antara anda dan dia.Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW..
Shie pown bru tawu fakta n info nie dari novel Denyut Kasih Medik (DKM)...
Memang sesuai dengan syariat Islam..
Setelah mengetahui fakta nie membuat Shie terasa ingin berubah..
Jauh dari sudut hati, ingin mencari cinta yg sejati.. bukan cinta belum pasti..
Diharapkan info ini berguna untuk semua wanita muslimin...
Bersama samalah kita berubah ke arah yang lebih baik..
Wallahu'alam
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
0 luahan perasan mereka:
Post a Comment
http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...