Vanilla Twillight: Andai laki Tahu..

Cute & Top Bloggers

Wednesday, May 1, 2013

Andai laki Tahu..

Assalamualaikum ..
Hoooooiiitt..
Ngah wat apa ??
Ngantok da ??

Sebelum tido rajin-rajin la blogwalking ... 
bole lah dapat input lebih sedikit sbyk..

Okies, tadi Shie adalah ronda-ronda kat facebook tuh ..
Adalah artikel jiwang karat mengarat nie ..
Nak kata terkena tatau la plak ..
Tapi agaknya bole untuk sesiapa yang berminat membaca macam nie ..
Sedikit sebanyak boleh menilai diri..

Bagi kaum Adam, mungkin dari sini mereka dapat mengetahui ..
naluri sebenarnya seorang wanita apabila wanita tersebut 
sudah menyayangi seseorang lelaki dalam dirinya...

Yelah kan ,lelaki nie kan suka menilai kekurangan perempuan... 
Nampak ja rimas sedikit dah ditinggalkan dan dibaikan .. 
Kan tak baik melukakan perasaan wanita macam tu?? 
Tambah-tambahan, lelaki mudah jugak melenting.. 
Jadi , lelaki jangan bersikap egois... Marahkan wanita atas kesalahan kecil..
Sebaiknya, lelaki kenalah paham wanita..
 sebab wanita tu akan byk berkorban untuk masa depan lelaki tersebut serta masa depan dia ..


Samalah jugak bagi yang dah berkahwin..
Lelaki perlu tahu sebab nya ...

Bukan senang nak jaga hati isteri ni
 kejap kejap marah, kejap kejap manja  
tiba tiba dia merajuk pulak. Suami yang 
sabar dia akan faham isteri dia... :)

~ Warning ~
(Artikel ni tak bermaksud menyebelahkan wanita , 
tapi untuk mengenal lembut dan tulus nya hati wanita itu)


♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari 
kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.



Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cerewet, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, 
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu 
dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih 
memerlukan sepenuh perhatian. 

terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 
Naluri keibuannya sangat kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu,
dia benar-benar maksudkannya.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 

Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap 
masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, 
kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, 
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. 
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
 dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 

Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. 
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. 
Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan 
sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. 

Tetapi sekiranya mereka saling memahami, 
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang
 bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 

Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam 
hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
 isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥



Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. 
Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba
 menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.


Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. 
ibarat tasbih & benang pengikatnya.
 terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh 
satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya 
basah akan cinta kepada tuhanNya



Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. 
Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.
Wallahu 'alam





Thanks for reading ! Do drop some comments!

0 luahan perasan mereka:

Post a Comment

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...