Vanilla Twillight: Ayam masak lemon

Cute & Top Bloggers

Saturday, December 15, 2012

Ayam masak lemon

HEY HAI HOIII ~ 









Assalamualaikum .. hey ..
Bertemu kembali dalam episod sajian makanan kekeke..
Dah lama an Shie xupdate pasai resipi nie?
Tak berapa nak ada mud berblogging sejak dari blog kena Malware ..
Huhu Sedeyy kot..
Ada sapa2 leh setel masalah nie?
Sapa lah yang g hantar virus kat blog nie .. :(

Oklah menu ari nie pasal AYAM MASAK LEMON :)

Bahan-bahan :
Ayam :
  • Ayam (dipotong memanjang)
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 biji telur kuning
  • Garam secukup rasa
Sos lemon :
  • 1/4 cawan jus lemon (aku guna 1 biji lemon untuk mendapatkan 1/4 cawan jus)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu madu
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sm halia (dihiris halus)
  • 2 sudu besar cordial sunquick (untuk rasa masam dan kaler oren)
Cara-cara :
Sos Lemon :
  1. Cairkan butter guna api perlahan. Tumis halis hingga naik bau.
  2. Masukkan jus lemon, madu, gula, cordial sunquick dan air. Biar mendidih (api perlahan)
  3. Bancuh tepung jagung dan masukkan ke dalam sos. Biar pekat.
  4. Pastikan rasa masam dan manis sekata
Ayam :
  • Potong ayam memanjang dan bersihkan. Tos sehingga kering.
  • Gaul ayam dengan garam dan lada hitam. Biarkan perap 10 minit.
  • Bancuh tepung jagung dengan air.
  • Masukkan kuning telur dalam jagung. Gaul sampai sebati.
  • Celup ayam dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak sederhana panas (guna deep fried).
  • Lepas ayam jadi kuning keemasan, angkat dan toskan.
  • Curah sos lemon ke atas ayam
  • Ok, siap!!!
Ayam tu Shie hiris betul-betul kekkee ..
Plus , yang salah sikit tang sos tu sebab Shie bg pekat betul :P 
~ Biasalah budak baru belajar ~ HIHI :)

selamat mencuba :-D



Thanks for reading ! Do drop some comments!

2 comments:

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...