Vanilla Twillight: Rahsia Udang Goreng Mentega Berkari rangup!

Cute & Top Bloggers

Monday, June 18, 2012

Rahsia Udang Goreng Mentega Berkari rangup!

Assalamualaikum ..
Agak-agak nya dah lama kan Kak Shie tak share resipi dengan korang ..
Dah dekat seabad rasanya hehe.. (padahal baru tahun lepas je )
Hehe sebelum Akak Shie da mula merepek (buat kerepek)
baik kita teruskan ari nie punya resepi iaitu



Udang Goreng Mentega Berkari !


Tips Di Dapur!

Menurut chef masakan Melayu Hotel Armada, Petaling Jaya, Chef Suzaini Darudi, antara pekara yang diberi keutamaan adalah cara memukul telur.



Seterusnya, cara memanaskan mentega dengan betul amat perlu sebelum dicampurkan dengan telur dan dipukul secara perlahan-lahan.

"Apabila benar-benar sebati dan hampir kering, ia menghasilkan udang yang rangup. Selain itu, campuran bahan dengan sukatan yang betul akan menyedapkan lagi msakan yang dihasilkan."katanya.

Bagi memastikan udang yang segar, dia berpesan supaya melihat kulit udang yang keras. Ini kerana kulit yang keras menunujukkan ia segar dan baik untuk masakan berbanding kepala udang yang kemerahan yang menunjukkan udang itu tidak segar.

Mengenai cara menyimpan jika seseorang yang tidak menggunakan peti ais, dia berkata udang boleh disimpan dengan mencucinya hingga bersih, kemudian sejatkan airnya hingga kering.
Katanya untuk tahan lama, gaulkan udang itu dengan sedikit gula dan simpan di dalam bekas yang tertutup rapat supaya ia tetap segar meskipun disimpan hingga dua hari.

Sebarang keterangan lanjut boleh lah lawati www.armada.com.my/


Bagi bahan-bahang membuat resipi udang goreng berkari rangup ini ialah :-
(sajian adalah untuk lima orang)


  • 10 ekor udang besar
  • 5 biji telur (dipukul)
  • 1 sudu besar rempah kari
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Lada sulah (pilihan)
  • 3 senduk besar mentega (secukupnya membuatkannnya rangup dan berderai)
  • 1/2 tin susu cair 

cara-cara memasak :-

  1. Berishkan udang (tidak perlu buang kulit)
  2. cair dan panaskan mentega seperti hendak menggoreng. Sementara menunggu mentega panas, tuang kan susu perlahan-lahan dan kacau hingga pekat.
  3.  Gaulkan udang , rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yang sudah dipukul.
  4. Apabila mentega panas, masukkan semua udang  berempah tadi ke dalam kuali, pastikan api tiga suku, kaut dan sentiasa dikacau.
  5. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian ( untuk mendapatkan  aroma kari , campurkan daun kari  semasa menggoreng)
  6. Apabila sudah masak toskan dan siap!

Info !
Api menggoreng hendaklah tiga suku panas untuk mendapatkan carikan telur yang cantik dan digoreng tidak hangus manakala udang akan garing seperti yang diinginkan. Api yang kecil akan membuat telur makan minyak.




Thanks for reading ! Do drop some comments!

4 comments:

  1. Nak tanya Susu itu dituang kedalam mentega ke

    ReplyDelete
  2. Nak tanya susu tu dimasukkan kedalam mentega ke semasa nal cairkannya

    ReplyDelete
  3. @cikgu ctiey ye cik ctiey kena tuang dalam tu :D maaf lambat huhu

    ReplyDelete

http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...