Pergh best gila hari nie .. nak taw nape ? Shie mengikuti satu program nie .. under usrah Shie ... macam2 kak Shie dapat taw dari sini .. Sebenarnya Shie dah ikuti usrah nie dari sem yang lalu tetapi pada masa tu usrah hanya dijalankan slow.. so pada tahun ni akak yang conduct kiteorang yang iaitu akak Jannah ...
Masa awal-awal dahulu kitorang hanya kenal megenali begitu je .. lama-lama kini kitorang rapat macam sebuah keluarga.. dah usrah itu sendiri bermaksud keluarga pada bahasa.Ada jugak yang menggelarkan ia sebuah bulatan gumbira..namun, pada istilah, usrah bermaksud kumpulan kecil individu muslim..Ia juga bermaksud satu hubungan yang wujud oleh pertalian aqidah islamiah,mempunyai kesatuan pemikiran & sama-sama sedar akan kewajipan mengamalkan ajaran islam untuk mencapai keredhaan ALLAH S.W.T.
USRAH
Untuk Semua Rasa Amanah Hidup..
Ya...hidup ini adalah AMANAH..
Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal (ayat 27) yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”
Persoalan hak dan amanah sebenarnya berkait dengan hak-hak Allah SWT yang wajib kita ditunaikan.
Hak-hak manusia yang perlu dilaksanakan termasuklah kepada diri sendiri, anak-anak, keluarga, jiran-tetangga dan masyarakat keseluruhannya.
Ingatlah bahawa beriman kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya adalah suatu amanah, menyeru kepada kebaikan adalah amanah, mendidik anak-anak juga adalah amanah,
menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya merupakan sebahagian dari amanah.(sumber akak Akmal )Dari kumpulan kecil nie kita akan dapat berbagai-bagai information.. terutamanya pasal ilmu ukhrawi ..Kat sini ,Shie suka bagi banyak ayat Al- Quran dan hadith sebab itu sahaja lah pegangan kita.. Dan itulah bukti sekukuhnya iman kita..
Back to the cerita asal, dalam usrah nie, apakah antara pencarian yang kita cari dalam usrah ini..? Ada sesiapa tahu ?
Antara pencarian dalam usrah ini,
1. Dalam Surah Ali 'Imran (3:10) ayat 110,
'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.
Kat sini, Allah SWT telah berfirman bahawa umat islam merupakan umat yang terbaik. Allah mengarahkan kita untuk membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika diimbas kembali, umat islam pernah menjadi tamadun yang terhebat suatu ketika dahulu.. sebagai bukti nya, umat islam telah tersebar meluas sekarang,mahupun di Amerika Syarikat, India, China dan lain-lain lagi. Di dalam usrah ini lah kita perlu membentuk sebuah ummah yang cemerlang seperti dahulu kala.
2. Dalam surah Az-Zumar, ayat 37, ada menyatakan..
"Dan sesiapa yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?"
1. At- Ta'aruf (knowing each other)Dalam terjemahan tersebut, Allah berfirman , sesiapa yang mencari hidayah Allah akan mendapat pilihan yang benar dan tidak akan tersesat. Seolah- olah kita dipelihara oleh Nya sentiasa. Dalam usrah ini lah yang kita nak mencari hidayah Allah yang begitu bernilai. Bersama Allah, kita akan sentiasa melindungi kita. Begitu lah Allah yang sentiasa mengingatkan kita.
Iklan sebentar bersama kit kat :)
Kita dah tahu sedikit sebanyak pencarian kita dalam usrah kini, tapi ape aim usrah nie ek? Mesti korang tertanya tujuan penubuhan usrah padahal kalau sendiri-sendiri pown boleh jugak. Ape strategi yang dalam usrah nie pakai supaya berkesan dalam penyampaian yang diberikan?
Matlamat usrah :-
1. Meningkatkan dan menambahkan kefahaman
2. Mengeratkan semangat ukhuwwah
3. Menambahkan penghayatan Islam dalam diri
4. Membentuk generasi yang benar-benar memahami Islam
5. Beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah
Ape itu memperjuangkan agama Allah?
Agak-agak korang lah ye .. ape itu? ada kah adegan tembak menembak ? angkat senjata?
TIDAK!! tidak sama sekali .. Islam tidak mengajar kita untuk menjadi terrorist malah Islam menggalakkan umat- umat nya berdamai..dan berbaik antara sesama sendiri (Surah Hujurat 49:10)
Memperjuang agama Allah bagi kita di sini adalah dengan berdakwah.. Berdakwah menegakkan Islam di sini. Dakwah bermaksud mengajak orang lain ke jalan Allah..Kita disini mungkin tak dapat nak berdakwah seperti orang di Palestin namun apa yang mampu kita buat adalah kita kuatkan akidah kita iman sesama muslim kita di tempat kita .. Bila dah kuat semua itu maka sangat sangat perlu untuk kita ber jihad fissabilillah ke Palestin .. untuk menyelamatkan agama dan umat Islam kita di sana...
Dalam matlamat ada prinsip-prinsipnya tersendiri.. Prinsip nie mengukuhkan matlamat usrah yang dilakukan..
Rukun Usrah:-
Surah Ali 'Imran ayat 103,
Allah telah menerangkan pada ayat terdahulu keengganan sebahagian ahli Kitab dan berterusan mereka dalam kejahatan dan menyekat mereka jalan hidayah untuk sampai ke dalam hati mereka. Di samping itu, cabaran mereka terhadap kebenaran dan pengikutnya. Dan keengganan mereka untuk bukti yang sabit yang tidak boleh dinafikan kemudian mereka melampaui batas tersebut dan menentang orang yang beriman. Lantas ia meniupkan roh perpecahan dan kembali kepada zaman jahiliah. Pada ayat ini Allah menerangkan kepada orang beriman tali yang kukuh tidak sesat supaya mereka berpegang dengannya iaitu dengan takwa kepada Allah s.w.t.
Ikrimah berkata: “Ayat ini diturunkan kepada Aus dan Khazraj ketika mereka hampir berperang, kemudian Nabi s.a.w mendamaikan mereka.”
Muhammad Quraish Shihab berkata: “Perintah mengingat nikmat-Nya merupakan dalil yang mengharuskan mereka bersatu padu dan berpegang teguh dengan tuntutan Ilahi. Ini bertepatan dengan al-Quran yang kebiasaannya apabila memerintahkan sesuatu atau melarangnya akan disertakan dalil dan alasan atau sekurang-kurangnya menyuruh manusia berfikir. Ini bersangkutan dengan bab aqidah, feqah dan lain-lain.”
Al-Maraghi berkata: Terdapat dua jenis perselisihan yang berlaku antara manusia, iaitu:
- Perselisihan yang tidak dapat dihindarkan dan tidak mungkin dapat dielakkan iaitu perselisihan pendapat dan fahaman. Hal ini sudah dianggap fitrah manusia. Perselisihan inilah yang dinyatakan oleh firman-Nya: Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad s.a.w) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian ) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan tetapi orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu… (Terjemahan Surah Hud: 11: 118-119) kerana akal dan pemahaman tidak sama. Contohnya, dalam satu keluarga, ahli-ahli juga berbeza pendapat dalam menyelesaikan masalah. Begitu juga dalam hal mencintai sesuatu dan perselisihan jenis ini tidaklah dianggap berbahaya.
- Perselisihan yang dianggap serius yang diusahakan oleh semua agama untuk menghapuskannya. Perselisihan ini bersumberkan fikiran dan hawa nafsu yang ingin menetapkan hukum-hukum agama dan kepentingan hidup.
Mari kita lihat video berkisarkan kepentingan ukhuwah sesama muslim...
Dari Abi Ruqayyah Ausin Al-Dari bahawasanya Nabi SAW bersabda : "Agama itu nasihat." Mereka bertanya, "Bagi siapa?" Ia bersabda," Bg Allah, dan bagi kitabNya dan bagi RasulNya dan imam-imam kaum Muslimin dan bagi orang ramai mereka."(HR Muslim)
Maksud nasihat ialah suatu kehendak kepada kebaikan terhadap orang yang diberi nasihat.
Nasihat Untuk Allah
Maksudnya ialah dengan kita beriman kepadaNya dan menafikan sekutu bagiNya. Menyifatkan Allah dengan segala yang sempurna dan mulia serta mensucikanNya dari segala kekurangan dan tercela. Ikhlas dalam beribadah, menunaikan ketaatan kepadaNya serta menjauhi laranganNya. Cinta dan benci sesuatu keranaNya jua.
Nasihat Untuk Kitab Allah
Maksudnya dengan membaca, menghafal, memerdukan suara, memperhatikan isi kandungannya, mengajar isi Al-Quran kepada orang lain, memahami Al-Quran serta beramal dengannya.
Nasihat Untuk RasulNya
Iaitu membenarkan risalah yang dibawa oleh baginda SAW dan beriman dengan kesemua yang datang bersamanya iaitu Al-Quran. Kecintaan kepada Rasul juga bermakna cinta kepada Allah swt.
Nasihat untuk pemimpin umat Islam
Iaitu kesukaan kita terhadap kebaikan mereka, petunjuk dan keadilan mereka bukannya mengasihi mereka kerana keperibadian mereka. Juga bermakna membantu mereka menegakkan yang hak dan mentaati mereka serta memperingat dan menegur kesilapan mereka dengan penuh hikmah dan kesabaran.
Nasihat untuk orang-orang awam
Iaitu membimbing mereka demi kebaikan di dunia dan akhirat. Kaum muslimin mestilah sentiasa mengambil berat terhadap umat Islam yang lain. Masyarakat Islam hendaklah melindungi kehormatan orang lain, menutup aib, menolak kemudharatan, mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mengasihi kanak-kanak dan menghormati orang tua dan seumpamanya.
Disesuaikan dari kitab : Syarah Hadith 40 Susunan Khalil Ibrahim Mulla Khothir. Cetakan
Pertama 2000
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 6/05
3. At-Takaful (support or help to each other)
Hadith rasul
"Sesungguhnya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan di masjid"
Betapa Rasulullah mementingkan ukhuwah dari mementingkan pahala ibadah nya sendiri. Tegasnya di sini, Rasulullah dah mengamalkan peribahasa kita iaitu, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mudah dan bertimbangrasa antara satu sama lain..Diibaratkan cubit paha kanan, paha kiri pun merasa jua.. Penting nya toleransi dan sikap ambil berat serta tolong menolong antara satu sama lain malah bukan untuk muslim sahaja sebegitu jua kepada orang yang bukan muslim jua..
Bercakap pasal nilai-nilai nie, timbullah suatu adab usrah yang diamalkan oleh ramai anak-anak usrah..
Adab usrah apabila didalam bulatan gumbira ialah :-
1. Ikhlas niat kerana Allah (Surah Al-Mujadillah,58:11)
2. Datang ke tempat usrah pada tempat dan waktu yang ditetapkan.
3. Minta izin sewaktu masuk atau keluar dari usrah
4. Datang usrah dengan sihat tubuh badan
5. Datang usrah dengan membawa keperluan yang lengkap seperti Al-Quran, tafsir, alat tulis, buku, dan lain2.
6. Hadir dengan ukhuwwah islammiyyah
7. Mendahului majlis usrah dengan Al-Fatihah
8. Tidak menggunakan suara tinggi dalam majlis usrah
9. Sentiasa berusaha merapatkan ukhuwwah
10. Berada di dalam keadaan sopan santun dan berbincang sesuatu perkara dengan baik
11.Bersalam salaman dan bermaaf maafan sesama umat..
setakat tu je la kot yang Shie dapat ceritakan kan korang pasal usrah ini.. ada lagi cerita tetapi tunggu next post la yea...
Mata Shie pn da makin berat sudah nie .. Esok pula mahu ke kelas .. Shie undur diri dahulu .
Jika ada tersalah info, kata, ejaan atau apa-apa aja di ruangan ini, Shie minta maaf .. Jika ada salah Shie, tegurlah Shie, insyaallah sama-sama dapat berubah ke arah jalan yang diredhai Allah..
Jazakumullahi Khaira Katsira :)
0 luahan perasan mereka:
Post a Comment
http://www.picgifs.com/avatars/animals/ladybug/avatars-ladybug-802520.gif
Komen-komen lah.. Jangan segan ok.. :)
komen baik saya puji..komen kritik saya terima..
komen kejam saya rejam kamu... wakakaka...