Vanilla Twillight: January 2012

Cute & Top Bloggers

Sunday, January 29, 2012

Usrahku

Assalamualaikum w.b.t

Pergh best gila hari nie .. nak taw nape ? Shie mengikuti satu program nie .. under usrah Shie ... macam2 kak Shie dapat taw dari sini .. Sebenarnya Shie dah ikuti usrah nie dari sem yang lalu tetapi  pada masa tu usrah hanya dijalankan slow.. so pada tahun ni akak yang conduct kiteorang yang iaitu akak Jannah ...

Masa awal-awal dahulu kitorang hanya kenal megenali begitu je .. lama-lama kini kitorang rapat macam sebuah keluarga.. dah usrah itu sendiri bermaksud keluarga pada bahasa.Ada jugak yang menggelarkan ia sebuah bulatan gumbira..namun, pada istilah, usrah bermaksud kumpulan kecil individu muslim..Ia juga bermaksud satu hubungan yang wujud oleh pertalian aqidah islamiah,mempunyai kesatuan pemikiran & sama-sama sedar akan kewajipan mengamalkan ajaran islam untuk mencapai keredhaan ALLAH  S.W.T. 


USRAH

Untuk Semua Rasa Amanah Hidup..

Ya...hidup ini adalah AMANAH..

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal (ayat 27) yang bermaksud:
 “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Persoalan hak dan amanah sebenarnya berkait dengan  hak-hak Allah SWT yang wajib kita ditunaikan.
Hak-hak manusia yang perlu dilaksanakan termasuklah kepada diri sendiri, anak-anak, keluarga, jiran-tetangga dan masyarakat keseluruhannya.  

Ingatlah bahawa beriman kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya adalah suatu amanahmenyeru kepada kebaikan adalah amanah, mendidik anak-anak juga adalah amanah,
menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya merupakan sebahagian dari amanah.(sumber akak Akmal )

Dari kumpulan kecil nie kita akan dapat berbagai-bagai information.. terutamanya pasal ilmu ukhrawi ..Kat sini ,Shie suka bagi banyak ayat Al- Quran dan hadith sebab itu sahaja lah pegangan kita.. Dan itulah bukti sekukuhnya iman kita..

Back to the cerita asal, dalam usrah nie, apakah antara pencarian yang kita cari dalam usrah ini..? Ada sesiapa tahu ?


Antara pencarian dalam usrah ini,

1. Dalam Surah Ali 'Imran (3:10) ayat 110,


'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.






Thanks for reading ! Do drop some comments!