Vanilla Twillight: dosa

Cute & Top Bloggers

Showing posts with label dosa. Show all posts
Showing posts with label dosa. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

#4 Wordyless Wednesdaaayyy Rawr



 Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 
Yeah I come with Wordless Wednesday lagi !
*Ahaks*
Tadi golek golek dekat facebook macam biasa,
Tetiba ternampak satu picture nie yang memberi kesan kat Shie..
Jadi Shie akan lekat *PAP!* untuk wordless Wednesday yang ke 4 ni.
Sobs.. Sobs.. Entah kenapa ternampak pada Hari Rabu entah..

Credit Fb Page Rusydee Artz

#DUSH@DUSH #
Memang kemerengan sikit terasa nya..Huhu..
Argh ..Supik anak Jabir Lah ! *loghat pantai timur* rasanya...
Pesanan Penaja : JANGAN GILA BOLA!
Huwaaaaa... Tak stabil rasa tengok gambar nie..
Nak pergi memujuk hati kejap !
~ Okehbai ~



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Friday, June 13, 2014

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Assalamualaikum..

Semoga kalian sihat sihat sahaja..
Entri kali nie, Shie just nak share sedikit info mengenai
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban  (15 Syaaban 1435H)
yang berlalu dua hari lepas..
Digalakkan untuk membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali dan diniatkan untuk dipanjangkan umur, memohon diberi rezeki yang cukup dan berkat serta diberi keimanan dan ketaqwaan yang mantap..
Dikatakan dalam malam ini, Allah sangat mendengar doa hambaNya..
Adalah sangat mustajab kalau berdoa di dalam waktu ini...

 Okay, berikut adalah Keistimewaan Malam Nisfu Syaaban yang Allah pernah janjikan pada hambaNya..
Semoga bertambah amalan dan keimanan kita dalam mencari keredhaan Allah..


1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:

Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.


2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:

Pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.


3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:

Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:

Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.


5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:

Sayyidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.


6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.



Korek Nisfu Syaaban yang tahun lepas.. Kredit ICCU Unikl

Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan kan ?
Sudah bersiap sedia kah kalian semua menghadapi Ramadhan kali nie?
Dengan keadaan cuaca yang panas dan mungkin berlarutan sehingga bulan September nie,
orang ramai dinasihatkan supaya banyakkan minum air masak pada waktu sahur..
Severe dehydration might lead you to have confusion, headaches, comma and probably shock death..
Pastikan badan mempunyai water content yang cukup untuk berpuasa..
Dinasihatkan 2-3 liter air masak sehari..



p/s: Ni gambar malam 15 Syaaban 1435H.. Bulan penuh dan cantik.. Subhanallah :)



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Wednesday, March 26, 2014

Jangan MARAH jer.. Ko Reti ber SABAR tak??

Holllaaa !!
Assalamualaikum ~
Shie dah kembali !!!
Dengan Wallpaper terbaru ~ 
Elsa Frozen  HD Wallpaper ~ ( ^ ,^ ) ~

Woahhh, Im loving it  (^_^) <3   

Setelah beribu tahun Shie menghilang, akhirnya muncul jugak post terbaru...
Untuk penjelasan kepada kawan-kawan bloggers yang dikasihi, 
Shie bukan lah blogger updater yang tegar sebenarnya ..
Blog Shie ni hanya sekadar pinggiran yang selalu diupdate tengah-tengah malam sebenarnya ..
Dengan tu dinamakan Nite DreaMing oF LiFe  ='D
Entah kenapa Shie sangat suka berblogging pada tengah malam .. 
Mungkin idea tuh asyik suka mencurah-curah, berlimpah-limpah, 
tertimbun-timbun pada waktu begini .. Hahaha..
(macam nak tercabot ja otak ni bekerja dengan jayanya pada waktu tgh malam)..

Okeh, straight to the point,
Post kali nie Shie nak bercerita mengenai tips-tips untuk menjadi 
lebih sabooooooorr gitew...
Zaman sekarang ni kalau nak cari orang yang bersabar memang 
ter sangat lah PAYAH.. (trust me!)
Yela, sebagai contohnya la kn, student sekarang mana lah tunggu 
sampai kerja baru cari transport kereta..
Sekarang, MOSTly student akan memiliki kereta sendiri untuk 
memudahkan urusan ke kelas & urusan lain..
Betul tak ? Haa.... (kalau tak betul, sila ketuk pala sendiri)   


AKU GERAM LAH! (klik to grow)   
Shie pown dikira kategori orang bersabar lah .. (yeke? =P)
Shie memang ada transport pown, tapi Shie belum terasa teringin nak drive sendiri..
Tah maybe sebab faktor ketidaksabaran pengguna di Kuala Lumpur ..
Almaklumkan bandar yang sangat sibuk dengan traffic jam nya,
dengan pengguna kereta yang ramai, 
dengan pengguna yang suka bawa kereta dengan loqlaQnya
( opss... loqlaQ means kurang sopan k?)
Huhu .. MENAKUTKAN kott ~

Berserta ini, Shie pown mengamalkan amalan berjalan kaki ke kelas dan menggunakan 
public transport tuk ke mana-mana sahaja.. (Im PROUD & GLAD ..LoL) 
Orang maybe tak berapa suka naik public ni dengan pelbagai alasan tetapi dengan 
BERSABAR dengan KEBAIKANnya, InsyaAllah sama-sama boleh menikmati udara, elektrik dan persekitran yang lebih berkualiti...Aminn..

Mari amalkan tips di bawah ini ! 
Kredit Gugel for being Gud Girl :P

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah hingga sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.  (STOP thinking !)


2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih terukla keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana berasa orang lain tidak ambil peduli. (AVOID attention !)


3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan. 
(NO PERSUADING or SWEET WORDS)

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya. 
(ACCEPT with RATIONAL thinking)

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain. 
(NO ORDERS action or think !)


6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendak kan. 
Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak. 
(AVOID RUSHING, PUSHING, HOPING which can cause FIGHTING) 

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, maka mereka bersifat tidak wajar terhadap anda. 
(DENGAR dari CRITICS orang lain tanpa MEMBANGKANG)

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu. 
(Do LEARN from other PEOPLE voices)


9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda. 
(NEVER bear -ve thought !)


10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. 
Cuba lihat di luar daripada diri anda. (TAKE 5 ! CALM down)

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar. 
(SHIFT ur thinking PARADIGM)


12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting. (FORGET ur stressing Attitudes)


13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu. (EVERYONE have their OWN changing behavior)



Ingatlah dengan kesabaran lah kita mampu menjadi lebih tabah dan matang menghadapi 
cabaran dan dugaan mendatang. Jika kita gagal maka hasilnya mungkin kita yang akan terasa sangat sangat menyesal dan masa akan datang tak mampu mengganti masa yang telah berlalu.. 
CEGAH SEBELUM PARAH ! Peace ~   ( ^.^ )v



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, April 27, 2013

Bacaan dan Nada Al-Quran

Assalamualaikum ..

Selamat malam semua ..

Hari ni Shie nak bertazkirah sikit..
Shie sebelum nie pown tak tahu bab berkenaan

Nada Bacaaan Al-Quran serta bertarannum ..

Semua nie Shie dapat tahu dari Tilawah Interaktif dari tv..
Serba sedikit Shie berminat nak berkongsi dengan semua ..


Pertamanya...

Nada dalam bacaan Al-Quran ni ada bermacam-macam cara.
Ada nada bacaan laju, ada bacaan sederhana dan ada bacaan lambat.
Tapi dalam satu ayat tuh, kita kena baca salah satu cara sahaja..


(Surah 'Infitar 82:19)



Thanks for reading ! Do drop some comments!