Vanilla Twillight: Did you know

Cute & Top Bloggers

Showing posts with label Did you know. Show all posts
Showing posts with label Did you know. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Im Soo Soorry..

Salam kembali u all!!
Apa khabar??Huhu..
Da lama kita x bersua...
Harap korang khabar baik jugak lah mcam shiety nie ye...


Tak nak cakap dengan shiety..
Ape??
Korang merajuk??
Kenapa??



Ha.. Shiety tahu la shiety xhapdate blog sesangat lelama dah..
Shiety mintak maaf la pasal shiety sibuk eh shiety xdapat nak hapdate blog lagi..
Pasalnya...Shiety ngah bercuti.. dan shiety xbawak laptop sekali..
Tu yang shiety xdapat nak hapdate...
sOO...



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Thursday, May 19, 2011

5 Tanda-tanda Kritikal Pesakit Tidak Ambil Kisah

Salam & selamat bertemu kembali semua!
Hari ini shiety nak cerita tanda-tanda kritikal yang ramai orang kurang ambil perhatian sehingga boleh menyebabkan penyakit akan lebih parah dan lebih teruk boleh menyebabkan maut.
So... do take a note about what am I saying below ok?

Permasalahan sebelum hampir serius haruslah dirujuk kepada doktor .
Ingat mencegah lebih baik dari merawat!!


Sebelum itu, ada sebuah kisah yang shiety ambil dari Reader's Digest supaya korang boleh ambil iktibar dan tingkatkan kesedaran kita bersama.




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Wednesday, April 27, 2011

Sakit Jantung??

Salam 1 Malaysia....
Ceria - ceria ye semua ari nie...
Hopefully gitu la agaknya...


Ok.. ari nie cek shiety xnak la buang masa tanya macam2 kat ampa nie...
cek  shiety nak berkongsi...
tentang kesihatan....

Ehem2... dengan gaya seorang doktor ...
Tahu x? Kenapa anda sakit dada? Salah satu sebabnya ialah....


Sakit jantung


Bawu2 nie kita sering la dengar pasai2 sakit jantung nie..
Memang banyak la yang meninggal akibat pasal sakit nie selain dari penyakit kronik , angin ahmar (strok) dan jgk sakit tua...


tapi .. tapi.. tapi...




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Sunday, February 20, 2011

SAyA Lahir BulaN mei!!

~~SELAMAT PAGI CIKGU ~~hahaha...
ceria2 ek sume..
kali nie shiety na bg info sikit..
pasal bulan kelahiran shiety..
take a look pic bwh nie ok!



mmg tepat....
hampir 90% mmg my attitude!!
tepat la muka Dr fadzilah kamsah...
haha... !!

yg xtepat 2...
pasal sakit...
im not easily being sick taw...
ok je niee..
haha...

korang banyak la cari pasal bulan kelahiran korang..
then korang leh banding kan..
saya ngaku..
semua ciri yg baik n xbaik kat atas 2 ada pada saya...
but....
people can change..so do I..
maaf ek xle bt enrti panjang...
da ngantu sangat nieyh...
c u next time...
Muahh!! TC kay! hahaa



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, February 5, 2011

SEBUTIR KURMA



Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham
berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di
dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak
didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.






Thanks for reading ! Do drop some comments!

Monday, January 31, 2011

Apakah "Valentine" yg Kamu agung2 kan?

Dari namanya saja, perayaan "Hari Kasih Sayang" ini serasa memiliki perpaduan sebuah tradisi yang bernuansa Kristiani dan Roma kuno. Ada beberapa versi mengenai legenda dari sosok Valentine ini.

Dahulu, seorang pemimpin agama Katolik bernama Valentine bersama rekannya Santo Marius secara diam-diam menentang pemerintahan Kaisar Claudius II kala itu. Pasalnya, kaisar tersebut menganggap bahwa seorang pemuda yang belum berkeluarga akan lebih baik performanya ketika berperang. Ia melarang para pemuda untuk menikah demi menciptakan prajurit perang yang potensial.



Nah, Valentine tidak setuju dengan peraturan tersebut. Ia secara diam-diam tetap menikahkan setiap pasangan muda yang berniat untuk mengikat janji dalam sebuah perkawinan. Hal ini dilakukannya secara rahsia.

Lambat laun, aksi yang dilakukan oleh Valentine pun tercium oleh Claudius II. Valentine harus menanggung perbuatannya. Ia dijatuhi hukuman mati. Ada sebuah sumber yang menceritakan bahwa ia mati karena menolong orang-orang Kristen melarikan diri dari penjara akibat penganiayaan.

Dalam legenda ini, Valentine didapati jatuh hati kepada anak gadis seorang sipir, penjaga penjara. Gadis yang dikasihinya senantiasa setia untuk menjenguk Valentine di penjara kala itu. Tragisnya, sebelum ajal tiba bagi Valentine, ia meninggalkan pesan dalam sebuah surat untuknya.

Ada tiga buah kata yang tertulis sebagai tanda tangannya di akhir surat dan menjadi populer hingga saat ini—-‘From Your Valentine.’ Ekspresi dari perwujudan cinta Valentine terhadap gadis yag dicintainya itu masih terus digunakan oleh orang-orang masa kini. Akhirnya, sekitar 200 tahun sesudah itu, Paus Gelasius meresmikan tanggal 14 Febuari tahun 496 sesudah Masehi sebagai hari untuk memperingati Santo Valentine.




Versi lain tentang Valentine dimulai pada zaman Roma kuno tanggal 14 Febuari. Ini merupakan hari raya untuk memperingati Dewi Juno. Ia merupakan ratu dari segala dewa dan dewi kepercayaan bangsa Roma. Orang Romawi pun mengakui kalau dewi ini merupakan dewi bagi kaum perempuan dan perkawinan. Dan sehari setelahnya yaitu tanggal 15 Februari merupakan perayaan Lupercalia.

Kala itu, anak-anak lelaki dan perempuan harus dipisahkan satu sama lain. Namun, pada malam sebelum Lupercalia, nama-nama anak perempuan Romawi yang sudah ditulis di atas kertas dimasukkan ke dalam botol. Nah, setiap anak lelaki akan menarik sebuah kertas. Dan anak perempuan yang namanya tertulis di atas kertas itulah yang akan menjadi pasangannya selama festival Lupercalia berlangsung keesokan harinya. Kadang-kadang, kebersamaan tersebut bertahan hingga lama. Akhirnya, pasangan tersebut saling jatuh cinta dan menikah di kemudian hari.Cinta yang lahir berlandaskan nafsu semata2 mata.Kerana tradisi mereka begitu, meraka xdapat menghasilkan anak yang berkualiti.Perempuan melhirkan anak tetapi xmampu mnjaga anak dengan baik.

Dari sini ade jugak yg mengatakan pada malam mereka bersama, air yang terhasil dari hubungan mereka itu disimpan dalam botol.Setelah itu, mereka akan menjampi-jampi air tersebut dan menjadi air holy.(suci)Air ini digunakan semasa upacara keagamaan yg berlangsung tiap minggu.

Setelah melihat sejarah peristiwa tersebut, masihkah kita ingin merayakannya? Tentunya tidak kan?



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Sunday, January 30, 2011

Hukum Memiliki Anak Patung dan 'Teddy Bear'

Assalamualaikum...ana nk berkongsi sikit, mungkin artikel ini macam remeh ja, biasa- biasa ja, tapi tidak salah untuk kita mengambil tahu. Ana tulis artikel ini, sebab ada sahabat ana bertanya dan mungkin jawapan ana pada waktu itu tidak lengkap. Jadi artikel ini ditulis khas utuk si dia...






Jika kita melihat ramai wanita pada masa kini memiliki teddy bear, ada yang smpai jadi hobi memiliki teddy bear tersebut. Para

ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi

pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.



Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.



Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam "Fatawa Muasirah" berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.


Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut spt plastesin dll).


Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam, tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).


Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.


Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.



Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya;
dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!' Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba'34: 12-13)


Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?


Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.


Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.


by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon



Thanks for reading ! Do drop some comments!

5 Tips KepaDa OraNg Yg Cepat RaSe Bosan


Bagi yang selalu terasa bosan ngn sesuatu keje oR sesiapa cepat fed up ngn sUmthInk..
ataw yang duk uma saje xde keje nak bt.. leh la try tips di bawah nie ok....efektif ke xefektif try la dlu.. then bg respOnd ok??


1)muLakan hari anda dengan Positif
*Pagi2 anda bagun cuba anda tengOk sekeliling anda..tgOk envirOnment la..
law tgOk owg nanti pelik plak..

2)Buka mata,minda dan hati
*Open minded la i guess... try pk..ari nie ak nak bt ape ye...pk aktiviti best2 then rancang ngn sape2..

3)Tulis target anda hari nie
*analisa bende ape yg penting n perlu disiapkan ari nie... target nK buat betui2.. 100% ...cth : law target nak makan 100 biji burger then makan betui2 haha..

4)Call owg tersayang
* aiseymen.. owg tersayang ..haha .. but xsemestinya pakwe je kan.. family pown boley jgak kan? BFF ke ?? sape2 je la yg can cheer yr day.. ok?

5)Lepak2 kat tempat yg anda suka
*ermm .. law cm pmpn nie konfirm suka g shopping kan?? nie je la fav place?? tapi law kaple, g la tmpat romantis sikit macam pantai ke.. laut ke..bersulam kan kasih di sana .. adoii berjwang plak!! nie akn bt ari anda xkn penah bosan..kan3?



Nie 5 tips 2.... law saya tambah nmpak sangat saya suka membebel .. oh xnka la kena cop g2.. serikk!law sape2 yg ade nak tmbah silakan..



Thanks for reading ! Do drop some comments!