Vanilla Twillight

Cute & Top Bloggers

Thursday, July 19, 2012

CUti-cuti di LUMUT

Assalamualaikum :)


Baru-baru nie Shiety pergi LUMUT :)
Saja nak share ngan korang ...
Gambar-gambar teristimewa di LUMUT ..
Marilah tengok ea >>>>




















Thanks for reading ! Do drop some comments!

S3lamat B3rpuasa s3mua !!


Assalamualaikum. 
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Seperti yang diumumkan tadi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad setelah diperkenan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Jadi, persiapkan diri untuk menjalankan Rukun Islam ke 3 ini. 
Moga tidaklah 'bocor' seperti Ramadhan yang lepas-lepas! 
Ehehehe



" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. "

- (Surah Al-Baqarah: 183)


 Ucapan dari Editor:

 Saia, Neilphetamine, ingin mengucapkan Selamat berpuasa kepada " The Walkers "Belog GematriA™ dan seluruh umat Islam. Jangan lupa untuk mula solat Terawih malam esok. 

Selamat berpuasa semua ... 
Jangan lupa esok malam start terawih dan lusa da berpuasa ... :) 



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Friday, June 29, 2012

Wardrobe Pilihan?



Assalamualaikum wbt ..


Dah lama agaknya Shie tak bloging kan?
Tu la bizi dengan kerja plus stres and macam-macam ag dua tiga ari ..
Tambahan pula, adik Shie dah suspend akaun P1 tue .. xdapat lah Shie nak on9 da huhuhu..
Sedihkan?

Takpe Takpe .. nie pown ada kesempatan Shie gunakan untuk berblogging ,
Nie mesti ada yang nak share kan?
Ngeh-ngeh..

\

Sebenarnya, dalam dua tiga ari nie Shie asyik terpikir nak beli wardrobe ..
Tapi Shie nak share dengan roomate Shie (akak Anis)nnti..
senang leh less budget ... ag pown law beli yang almari kain Shie takut nnti tak tahan ..



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Monday, June 18, 2012

Rahsia Udang Goreng Mentega Berkari rangup!

Assalamualaikum ..
Agak-agak nya dah lama kan Kak Shie tak share resipi dengan korang ..
Dah dekat seabad rasanya hehe.. (padahal baru tahun lepas je )
Hehe sebelum Akak Shie da mula merepek (buat kerepek)
baik kita teruskan ari nie punya resepi iaitu



Udang Goreng Mentega Berkari !


Tips Di Dapur!

Menurut chef masakan Melayu Hotel Armada, Petaling Jaya, Chef Suzaini Darudi, antara pekara yang diberi keutamaan adalah cara memukul telur.




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Tuesday, May 1, 2012

Dulu dan sekarang :)

Hai Kawan-kawan!
Hari nie hujan sangat lebat..
Shie sampai basah lencun balik pasar malam tadi ..
Tapi puas dapat makan Nasi Ayam yang dihajati kikikiki...
Alhamdulillah kenyang jua..

Okea lah entri kali nie Shie dapat idea setelah semasa buka entri-entri Shie yang lama-lama dulu ..

Entri kali nie pasal gambar jugak..
Tahu gambar sape ??
Agak-agak sape lah org bertuah tu ..




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Monday, April 23, 2012

Kepada sahabatku ...

Assalamualaikum ..
Kali nie nak buat entri ringkas ... sebab nak letak gmbar je ..
Just spread some words.. For my SOHABATTI :)

I wish for you all below ...








Thanks for reading ! Do drop some comments!

Friday, April 20, 2012

FRIENDSHIP GIFT

Assalamualaikummmmmmmm ..
Ketemu kita bagi yang ntah ke berapa kali agaknya hikhikhik..


Pertama sekali Akak Shie minta maaf sebab tdk dapat nak upload video dan gmbar naik Broga atas masalah masalah tertentu .. Apapown terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca blog Akak Shie yang tak seberapa nie ..

Baru baru nie .. UnikL Mestech kampus Akak Shie ada mengadakan Open Day sempena mempromosi kan kursus kursus yang ada dalam UniKL serta menaikkan lagi IPTS di negara kita.

Persahabatan :)

I pray GOD for you because ....
you are a very special friend for me, 
and I want to be your friend always...
and share our friendship this 2012 ...
receive this message and remember
how much I apreciate you...
I will be always here if you need me...


Kebetulan Akak Shie terlibat dalam FRIENDSHIP GIFT yang dikendalikan di bawah ISLAH .
Pada asal nya kitorang memang bercadang untuk membuat gift nie pada hari open day sahaja ..
Terkejut kitorang apa bila permintaan melebihi ape yang kitaorang order ..
Jenuh kami cari backup nak atasi masalah itu .



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Friday, April 13, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke JAKIM :)

Assalamualaikummmmmmmmmmmmm warah matullah hiwabarakatuh..........

Kaifa halukum?
Wa ana bil khair :)

Wah i Wah ! Wah ! Semangat sungguh!
~ haha ... yela .. dah dapat pergi berjalan ...
naik bus unikl gitu ngeh..ngeh.. ngeh...
Kitorang .. budak-budak rakan masjid sem 2 .. dan dip buat lawatan ke JAKIM semperna aktiviti luar
~ bukan calang2 org leh masuk sana taw !~so grab the chance oke~!

Nie gmba kitorang ..
Cubalah usha~ best sangat-sangat .
Yang paling shock , kitaorang just dapat briefing 7 mins je .. haha.. lg short lagi bgus..
sesi soal jawab yang jadi khususnya kihkihkih...
tapi mmg macam- macam lah info kitorang dapat ..
dalam nie law bole masuk kan video 7 mins tu .. ( abaikann sora yang pelik2 dalam tu okeh!) hehe

Jom JOm  JOm..
nnti nak update cter kat broga lak malam nie .. hhehe :)









Nie dia uztaz ALADIN .. guru pengiring serta guru RAKAN MASJID kami 



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Friday, March 30, 2012

Isu Palestin sampai bila kah?



AssAlamualaikum warah matullah semua ..




Hari ini tepat lah 30 Mac 2012, maka terjadi la sebuah perhimpuanan rasmi sebahagian wakil pemerintah serta wakil persatuan NGO berkumpul untuk menyatakan perihal Isu Palestin & Syria yang makin menjadi- jadi di sana. Kasihan Umat Islam di sana , ditindas , dipukul dan ditembak hidup-hidup . Sedih sangat pada apa yang telah berlaku untuk mereka.





Sekurang-kurangnya 100 orang personaliti terkenal antarabangsa akan mengambil bahagian dalam menandatangani dokumen pentadbir GMJ itu. Sejajar itu, semua selebriti dan organisasi-organisasi kebangsaan yang menyokong GMJ akan disenaraikan dalam Lembaga Penasihat GMJ untuk menunjukkan sifat GMJ yang menolak kekejaman Israel.




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Monday, March 19, 2012

Genetik Kelas Kami :D

Assalamualaikummmmmmmmm..
Pa khanbar semua ..
hehe
Hopefully sihad :)

Kali nie Akak Shie xnak berpanjang lebar .. cuma sekadar nak wat survey pasal genetik :)
Erkk ... saja nak tunjuk contoh kelas Akak Shie punya result hehe .. cuba korang plak check group korang :) baru korang taw  ape genetik dalam badan korang hehe..
Lets gone ! ....>>>>




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, March 10, 2012

Celebration of Prophet's Birthday by MESTECHIAN

   Ittihad At-Tolabah Al-Islamiyyah Al-Islahiyyah or ISLAH Assocciation together with Rakan Masjid has organized ‘SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT MESTECH’. This event was held from 15th – 23rd February 2012 (22 Rabiu’l Awal – 1 Rabiu’l Akhir 1433H). This was the first event organized by the ISLAH Association in this semester. The theme for this event was ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’. All students and staffs were encouraged to be involved in this program. Several programs have been organized which were quiz, creative banner, procession and ‘ceramah’. Only quiz and creative banner were held as competition for students to participate.



For creative banner competition, the registration date has been opened from 13rd February to 20th February 2012. Throughout the week, one day was chosen which was on 18th February 2012 for participants to design and painted their own banner at ‘Dewan KIAM’. This competition was compulsory for students from all courses according to their semester. There were 10 groups of participants. The winner was 4th semester BCLS students, the first runner-up was 4th semester BEHC students and the second runner-up was 2nd semester BEHC students. The marks were given based on creativity, beauty and theme.



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Monday, February 6, 2012

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum..

Berbekal hati yang tenang , suasana yang ceria .. itulah semalam yang Shie rasa .. Senah Helwah Ya Rasulullah ..
Xsangka .. orang yang kita sanjung da makin tua di sana..
Kali nie Shie nak memberi biodata tentang rasulullah .. serba ringkas sahaja ...
Mari kita mengenal idola kta  ini..

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Sunday, January 29, 2012

Usrahku

Assalamualaikum w.b.t

Pergh best gila hari nie .. nak taw nape ? Shie mengikuti satu program nie .. under usrah Shie ... macam2 kak Shie dapat taw dari sini .. Sebenarnya Shie dah ikuti usrah nie dari sem yang lalu tetapi  pada masa tu usrah hanya dijalankan slow.. so pada tahun ni akak yang conduct kiteorang yang iaitu akak Jannah ...

Masa awal-awal dahulu kitorang hanya kenal megenali begitu je .. lama-lama kini kitorang rapat macam sebuah keluarga.. dah usrah itu sendiri bermaksud keluarga pada bahasa.Ada jugak yang menggelarkan ia sebuah bulatan gumbira..namun, pada istilah, usrah bermaksud kumpulan kecil individu muslim..Ia juga bermaksud satu hubungan yang wujud oleh pertalian aqidah islamiah,mempunyai kesatuan pemikiran & sama-sama sedar akan kewajipan mengamalkan ajaran islam untuk mencapai keredhaan ALLAH  S.W.T. 


USRAH

Untuk Semua Rasa Amanah Hidup..

Ya...hidup ini adalah AMANAH..

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal (ayat 27) yang bermaksud:
 “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Persoalan hak dan amanah sebenarnya berkait dengan  hak-hak Allah SWT yang wajib kita ditunaikan.
Hak-hak manusia yang perlu dilaksanakan termasuklah kepada diri sendiri, anak-anak, keluarga, jiran-tetangga dan masyarakat keseluruhannya.  

Ingatlah bahawa beriman kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya adalah suatu amanahmenyeru kepada kebaikan adalah amanah, mendidik anak-anak juga adalah amanah,
menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya merupakan sebahagian dari amanah.(sumber akak Akmal )

Dari kumpulan kecil nie kita akan dapat berbagai-bagai information.. terutamanya pasal ilmu ukhrawi ..Kat sini ,Shie suka bagi banyak ayat Al- Quran dan hadith sebab itu sahaja lah pegangan kita.. Dan itulah bukti sekukuhnya iman kita..

Back to the cerita asal, dalam usrah nie, apakah antara pencarian yang kita cari dalam usrah ini..? Ada sesiapa tahu ?


Antara pencarian dalam usrah ini,

1. Dalam Surah Ali 'Imran (3:10) ayat 110,


'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.






Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, December 17, 2011

Sukanya lagu nie!

Sambil mendengar lagu yang disukai...

Ieyayayoooooooo..
dus..dush .. haha
opss lupa bg salam...
Assalamualaikum..

erk.. today Kak Siti nak kong lagi yang Kak Siti jumpa...
Sedap oo lagu nir..
Cer korang dengar ..


Tajuk: Ya Sudahlah
Penyanyi: Bondan Prokaso And Fade To Black.



Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah
Reff:
Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok
Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh.. Subhanallah

Assalamualaikum..

{Sambil merenung ke langit ...}
Hehe..
Dengan semangat membuka bicara post kali nie..

Pa khabar semua..
Kak Shie menjangka korang2 pown sihat malah tengah mengushar-ushar kat langit atas sana tuh..

As u all know lah kan.. (10 Disember 2011)
Djangka kan malam nie akan terjadi nye gerhana bulan ..
So cepat berlari ke luar lihat di atas sana.haha..




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram!

  
Muharram.. islamic month


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"  


                           


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Wednesday, November 23, 2011

La Tahzan~Jangan Berdukacita... Allah BersamaMu..


nukilan dari www.pakarcinta.com/

LA TAHZAN!

Berikut adalah senarai doa-doa dari sunnah yang boleh dibaca ketika kita menghadapi keadaan yang sangat sedih.


Maksudnya:
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)

Maksudnya:“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)




Thanks for reading ! Do drop some comments!