Vanilla Twillight

Cute & Top Bloggers

Friday, March 30, 2012

Isu Palestin sampai bila kah?



AssAlamualaikum warah matullah semua ..




Hari ini tepat lah 30 Mac 2012, maka terjadi la sebuah perhimpuanan rasmi sebahagian wakil pemerintah serta wakil persatuan NGO berkumpul untuk menyatakan perihal Isu Palestin & Syria yang makin menjadi- jadi di sana. Kasihan Umat Islam di sana , ditindas , dipukul dan ditembak hidup-hidup . Sedih sangat pada apa yang telah berlaku untuk mereka.





Sekurang-kurangnya 100 orang personaliti terkenal antarabangsa akan mengambil bahagian dalam menandatangani dokumen pentadbir GMJ itu. Sejajar itu, semua selebriti dan organisasi-organisasi kebangsaan yang menyokong GMJ akan disenaraikan dalam Lembaga Penasihat GMJ untuk menunjukkan sifat GMJ yang menolak kekejaman Israel.




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Monday, March 19, 2012

Genetik Kelas Kami :D

Assalamualaikummmmmmmmm..
Pa khanbar semua ..
hehe
Hopefully sihad :)

Kali nie Akak Shie xnak berpanjang lebar .. cuma sekadar nak wat survey pasal genetik :)
Erkk ... saja nak tunjuk contoh kelas Akak Shie punya result hehe .. cuba korang plak check group korang :) baru korang taw  ape genetik dalam badan korang hehe..
Lets gone ! ....>>>>




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, March 10, 2012

Celebration of Prophet's Birthday by MESTECHIAN

   Ittihad At-Tolabah Al-Islamiyyah Al-Islahiyyah or ISLAH Assocciation together with Rakan Masjid has organized ‘SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT MESTECH’. This event was held from 15th – 23rd February 2012 (22 Rabiu’l Awal – 1 Rabiu’l Akhir 1433H). This was the first event organized by the ISLAH Association in this semester. The theme for this event was ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’. All students and staffs were encouraged to be involved in this program. Several programs have been organized which were quiz, creative banner, procession and ‘ceramah’. Only quiz and creative banner were held as competition for students to participate.



For creative banner competition, the registration date has been opened from 13rd February to 20th February 2012. Throughout the week, one day was chosen which was on 18th February 2012 for participants to design and painted their own banner at ‘Dewan KIAM’. This competition was compulsory for students from all courses according to their semester. There were 10 groups of participants. The winner was 4th semester BCLS students, the first runner-up was 4th semester BEHC students and the second runner-up was 2nd semester BEHC students. The marks were given based on creativity, beauty and theme.



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Monday, February 6, 2012

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum..

Berbekal hati yang tenang , suasana yang ceria .. itulah semalam yang Shie rasa .. Senah Helwah Ya Rasulullah ..
Xsangka .. orang yang kita sanjung da makin tua di sana..
Kali nie Shie nak memberi biodata tentang rasulullah .. serba ringkas sahaja ...
Mari kita mengenal idola kta  ini..

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Sunday, January 29, 2012

Usrahku

Assalamualaikum w.b.t

Pergh best gila hari nie .. nak taw nape ? Shie mengikuti satu program nie .. under usrah Shie ... macam2 kak Shie dapat taw dari sini .. Sebenarnya Shie dah ikuti usrah nie dari sem yang lalu tetapi  pada masa tu usrah hanya dijalankan slow.. so pada tahun ni akak yang conduct kiteorang yang iaitu akak Jannah ...

Masa awal-awal dahulu kitorang hanya kenal megenali begitu je .. lama-lama kini kitorang rapat macam sebuah keluarga.. dah usrah itu sendiri bermaksud keluarga pada bahasa.Ada jugak yang menggelarkan ia sebuah bulatan gumbira..namun, pada istilah, usrah bermaksud kumpulan kecil individu muslim..Ia juga bermaksud satu hubungan yang wujud oleh pertalian aqidah islamiah,mempunyai kesatuan pemikiran & sama-sama sedar akan kewajipan mengamalkan ajaran islam untuk mencapai keredhaan ALLAH  S.W.T. 


USRAH

Untuk Semua Rasa Amanah Hidup..

Ya...hidup ini adalah AMANAH..

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal (ayat 27) yang bermaksud:
 “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Persoalan hak dan amanah sebenarnya berkait dengan  hak-hak Allah SWT yang wajib kita ditunaikan.
Hak-hak manusia yang perlu dilaksanakan termasuklah kepada diri sendiri, anak-anak, keluarga, jiran-tetangga dan masyarakat keseluruhannya.  

Ingatlah bahawa beriman kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya adalah suatu amanahmenyeru kepada kebaikan adalah amanah, mendidik anak-anak juga adalah amanah,
menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya merupakan sebahagian dari amanah.(sumber akak Akmal )

Dari kumpulan kecil nie kita akan dapat berbagai-bagai information.. terutamanya pasal ilmu ukhrawi ..Kat sini ,Shie suka bagi banyak ayat Al- Quran dan hadith sebab itu sahaja lah pegangan kita.. Dan itulah bukti sekukuhnya iman kita..

Back to the cerita asal, dalam usrah nie, apakah antara pencarian yang kita cari dalam usrah ini..? Ada sesiapa tahu ?


Antara pencarian dalam usrah ini,

1. Dalam Surah Ali 'Imran (3:10) ayat 110,


'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.






Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, December 17, 2011

Sukanya lagu nie!

Sambil mendengar lagu yang disukai...

Ieyayayoooooooo..
dus..dush .. haha
opss lupa bg salam...
Assalamualaikum..

erk.. today Kak Siti nak kong lagi yang Kak Siti jumpa...
Sedap oo lagu nir..
Cer korang dengar ..


Tajuk: Ya Sudahlah
Penyanyi: Bondan Prokaso And Fade To Black.



Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah
Reff:
Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok
Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh.. Subhanallah

Assalamualaikum..

{Sambil merenung ke langit ...}
Hehe..
Dengan semangat membuka bicara post kali nie..

Pa khabar semua..
Kak Shie menjangka korang2 pown sihat malah tengah mengushar-ushar kat langit atas sana tuh..

As u all know lah kan.. (10 Disember 2011)
Djangka kan malam nie akan terjadi nye gerhana bulan ..
So cepat berlari ke luar lihat di atas sana.haha..




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram!

  
Muharram.. islamic month


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"  


                           


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Wednesday, November 23, 2011

La Tahzan~Jangan Berdukacita... Allah BersamaMu..


nukilan dari www.pakarcinta.com/

LA TAHZAN!

Berikut adalah senarai doa-doa dari sunnah yang boleh dibaca ketika kita menghadapi keadaan yang sangat sedih.


Maksudnya:
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)

Maksudnya:“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Friendships

Assalamualaikum..
Lama tak bersua kan?
Kak Siti baru habis final exam..
Habis sudah sem 1 ..
Cepat sungguh masa berlalu...

Tetiba hati Kak Siti terdetik nak cerita pasal friendship...
Tapi Kak Siti tak mau korang baca ..
Tapi nak korang tengok gambar2 nie .. dan korang tafsir kan apa yang korang dapat..
semoga terhibur~!

Loading..................................




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, October 15, 2011

Nikmat Sihat

Assalamualaikum..
Kalian semua apa pakabar?
Sudah makan ka?
Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dalam keadaan sihat walafiat...


Kak Siti sini alhamdulillah sihat...
TApi yang tak beshnya, family Kak Siti tak berapa sihat..
Satu family akak demam..
Terkejut akak..
Sebelum ni jadi jugak begitu...Masa akak Siti kat asrama dulu..
KAdang-kadang akak Siti terfikir ...kenapa family akak semua asik sakit demam masa akak tiada?
Dah banyak kali kot jadi cam gitu...tengok-tengok dapat berita yang family demam..
urm.. akak risau jugak..




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Tuesday, October 11, 2011

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

Assalamualaikum!!
Bertemu kita ag..
Selalu gelisah??
TAk tentu arah??
Diuji dengan bermacam-macam duagaan??
Semua perkara kat atas bermain2 di fikiran anda??
Usually ,.. bila bermasalah kita akan kembali ke asal.. biasalah adat manusia ...
Bila senang , terlalai...
tapi yang KAk Siti nak ceritakan kali nie ialah...
pasal MAnfaat Surah..


KIta selalu dengar atau membaca al-Quran .. tapi kita jarang sekali mengetahui manfaat2nya ..
So direct terus to the story...
Ada sepuluh Surah yang dapat menghalang kita daripada ditimpa ujian atau bala besar..
Sama2 kita dapat mengamalkan..






Thanks for reading ! Do drop some comments!

Sunday, October 9, 2011

Antara CINTA dan KENTUT...

 Apa khabar semua??
Sekian lama kak Siti tidak meng hapdate kat diri di ruangan sini..
Kak Siti bukan ape .. cuma banyak perkara berlaku..
Macam- macam dah mematangkan kak Siti sampai nak blogging pn terlupa huhu..
Apa pown kali kak Siti nak bagi kata-kata .. 

Antara CINTA dan KENTUT...
 Selamat membaca! 

Lets go!



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Friday, September 16, 2011

Murtad kerana Cinta~ Kes Nor Aisyah Bukhori

Astaghafirullah..
Kerana cinta durjana manusia .. ada sampai sanggup berbuat demikian..
Kini baru ku sedar, cinta manusia boleh menyesong kan diri kita..
Peringatan ni saya buat  utk semua terutamanya pada diri saya sendiri sebagai seorang wanita Muslim..

Kes nya begini...

Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin.
Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut. 1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anaknya dimurtadkan di rumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.
Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak.
Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Sebuah Pertemuan Bermakna

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com



Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Saturday, July 30, 2011

Tempat baru ku....

assalamualaikum..

hai.. dah lama eh Shiety dah xupdate blog kan??huhu
Im so sorry coz Shiety sekunk nie dah masuk U..
U ape ??
UniKL jer...
alahai...busy nye dier.. hehe..

Ok lah... secara rasmi terang terangan Shiety gtahu lah di mana Shiety berada sekunk nie..
Shiety berada di Kajang ...
Shiety dapat tawaran Uitm tapi Shiety tak berminat dengan kos itu..
tapi Shiety sangat berminat dengan kos Shiety sekrang nie iaitu ........


Di UniKL Mestech ...huhu..

Mula-mula agak sccccaaary la sebab masuk sensorang kat c2...
Memang rasa tak kenal sesiapa la...
Rupanya sangkaan Shiety meleset....
Ada lebih kurang 4 ataw lima orang budak sekolah Shiety masuk c2..
Memang xdapat disangkakan...
Alhamdulillah ada jugak kawan dari sebelah utara no... hehe

Seronok jugak la...
selain tu dapat kenai kawan kwan lain...
Tula kenangan ari pertama di UniKL..
pastu beredar ke asrama lak....
Fuhh penat jgk la
sebab jauh dari Mestech...
Ehh korang lari ke???haha
Xde la .. Shiety mne lari just naik bus je ..hehe..

Sesampai Shiety di sana, Shiety pown agak terkilan..
rupanya lelaki dan perempuan duk sekali seblok..haha
Mula-mula agak takut tapi jikalau pandai jaga.. Insyaallah la..selamat...



Thanks for reading ! Do drop some comments!

Tuesday, July 12, 2011

#2 Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

There Are More Pics For U...
Lets comment ok!







Thanks for reading ! Do drop some comments!

Octopus vs Squid

Assalamualaikum..
Dah lama eh blog nie tak berupdate..huhu
Sedih jer Shiety tengok.. tapi nak buat camna..
Shiety sangat sangat la busy...
Adess....
Sampai pening kepala dibuat nya..

Akhirnya boleh jugak Shiety update blog Shiety nie..
Rasa rindu pun ada...huhu..

Ok kali nie.. Shiety nak berkongsi fakta dengan u all..
Mengenai sotong dan kurita .. eh silap... kurita dah sotong..

Let check it out...




Thanks for reading ! Do drop some comments!

Tuesday, July 5, 2011

#1 Wordless Wednesday

Assalamualaikum..
Gambar kali nie....










Thanks for reading ! Do drop some comments!

Tuesday, June 21, 2011

Nenas Oo Nenas

Auwchakkk!!
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh semua.....

Korang suka makan nenas tak?
Mesti ade yang suka dan ade jugak yang tak suka kan?
Tapi Shiety bolehlah kata nak suka...
Mula-mula tu memang tolak tak mau nenas dalam rojak..siap kelas2 buah abis g2..

Tapi kalau macam saja nenas lepas buang kulit lagi lebih sedap ++!
Seriusly Shiety da suka kat nenas ni haha..
tak tipu...lagipown nenas nie...
Banyak Vitamin C..
Sesuai untuk orang yang kurang Vitamin tuh haha..




Thanks for reading ! Do drop some comments!